11 Sept 2012

BACKPACK PILIHAN KALI INI: QUECHUA FORCLAZ SYMBIUM ACCESS 70+10

Untuk entri kali ini, saya nak review sikit berkenaan backpack/rucksack Quechua Forclaz Symbium Access 70+10; antara beg yang terkenal dari jenama QUECHUA -- jenama terkenal dunia! Walaupun bunyi jenamanya tidak lah kedengaran sedap mana, tapi brand ini antara yang terkenal di kalangan orang gunung dan travellers. Kualitinya juga tinggi, dan mempunyai senarai spesifikasi dan fungsi yang hebat! Quechua Forclaz Symbium Access 70+10 (selepas ini disebut sebagai "Forclaz") sememangnya adalah pilihan yang tepat!

Nota Sampingan: Ada dijual di The Shhhroom: Outdoor & Tactical - harga menarik! Dijamin 100% original/genuine/authentic! Manufactured in Vietnam

Saya mulakan dari segi material dan rekabentuk. Forclaz terbina dengan material berkualiti tinggi, campuran beberapa jenis bahan-bahan menarik seperti nylon, neoprene, cotton tegap, dan macam-macam lagi; bahan-bahan plastik yang digunakan untuk clipper atau lock beg ini juga bukan calang-calang punya buatan; zip-zip juga adalah dari jenama yang terkenal berkualiti tinggi. Selain material yang digunakan, rekabentuk Forclaz juga sangat menarik dipandang mata. Percayalah, jika beg ini ada di depan mata anda, pastinya anda akan teruja untuk menggunakannya!

Dari segi spesifikasi hebat, beg ini sememangnya mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada penggunanya.

Top-loader yang boleh
 ditarik ke paras dada
Saya mulakan dari bahagian atas; bahagian top-loader. Top-loader beg ini, ataupun bahagian ruang simpanan atas, boleh memuatkan pelbagai barangan penting anda! Apa yang menambah ciri menarik pada bahagian ini adalah, top-loader ini boleh ditarik ke paras dada anda dengan mudah, walaupun ketika anda sedang menggalas beg ini tanpa perlu menoleh, mahupun membuka beg ini; anda hanya perlu tarik sahaja dengan mudah, dan anda boleh mencapai barangan penting anda tanpa perlu bersusah payah! Untuk pengetahuan anda, bahagian top-loader ini dilengkapi dengan harness getah yang fleksibel dan mudah dilentur, dan ini yang memudahkan bahagian top-loader ini ditarik tanpa mencederakan pengguna!

Back panel yang sungguh
menarik dan selesa!
Beralih pula ke bahagian back panel Forclaz ini. Ciri utama paling menarik di back panel ini adalah sistem "shock absorber" sebagai penyerap hentakan dan juga penstabil goncangan dan gegaran dari bebanan; ini sangat penting dalam memberi kestabilan dan membahagi bebanan dengan baik tanpa mencedera dan menyakitkan pemakainya, terutama di bahagian sistem tulang tunjang pemakainya. Sistem penyerap hentakan ini juga dibantu oleh aluminium ringan dan tahan lasak agar memberi ketegapan dalam sistem back panel Forclaz ini. Selain itu, sistem back panel yang terbina oleh foam padding yang sungguh selesa dan mengikut bentuk belakang lelaki secara amnya. Sistem back panel Forclaz juga memberikan ruang pengaliran udara dan haba yang baik agar memberi keselesaan yang lebih kepada penggunanya.

Rain cover tersedia!
Selain dari fungsi-fungsi hebat ini, beberapa fungsi asas yang kebiasaannya terdapat pada hampir semua backpacks/rucksacks terkenal dunia, juga terdapat pada fungsi asas Forclaz. Antaranya, Forclaz turut dilengkapi dengan rain cover (untuk warna hitam, rain cover berwarna hijau muda yang menawan!). Forclaz juga turut membenarkan penggunaan hydration bladder di mana laluan tiub dan penyimpanan bladder turut tersedia bersama rekaan Forclaz (hydration bladder biasanya dijual berasingan, kecuali jika anda penjual yang ingin memberikan ia secara percuma bersama beg ini).

Sebenarnya terdapat banyak lagi fungsi menarik yang terdapat pada Forclaz, tetapi ia perlu dialami sendiri oleh anda demi merasakan kepuasan penuh menggunakan Forclaz. Anda wajar memiliki Forclaz ini demi merasai sendiri pengalaman hebat ini! Cuba dengan penuh keterujaan! Selamat mencuba! :)

 
 
 
 
 
 
DAPATKAN BACKPACK MENARIK INI DI

DENGAN HARGA MENARIK!

CAPACITY: 70L+10L
EST. DIMENSION: 86 CM (H) x 38 CM (W) x 26 CM (D)
COLOR: BLACK

  • DETACHABLE FOLDING HOOD;
  • "ALL" LOAD ADJUSTER STRAPS;
  • CARRYING SYSTEM SUITED TO THE MALE BODY. ADJUSTABLE BACK;
  • VENTILATED BACK (AIR COOLING TECHNOLOGY). AIR COOLING-CERTIFIED PACKS ARE LABORATORY-TESTED IN ORDER TO ASSESS THE QUALITY OF THEIR VENTILATION SYSTEMS: A HEATED DUMMY WHICH CAN PRODUCE ARTIFICIAL SWEAT PROVIDES A SCIENTIFIC AND OBJECTIVE MEASUREMENT OF THE PACK’S ABILITY TO REDUCE PERSPIRATION. THIS CERTIFICATION IS ONLY GIVEN TO PACKS THAT PERFORM SIGNIFICANTLY BETTER THAN A “BASIC” MODEL IN THE RANGE (WHICH DOES NOT FEATURE ANY PARTICULAR VENTILATION SYSTEM). WE ALSO MATCH THEM UP AGAINST RIVAL PRODUCTS ON THE MARKET;
  • PREPPED TO ACCEPT AN ON-BOARD HYDRATION SYSTEM (TUBE DUCT AND TUBE ATTACHMENT);
  • THE SYMBIUM PIVOTING BELT AND THE SHOULDER STRAP ELASTICS ALLOW THE SHOULDERS AND HIPS LOTS OF FREEDOM OF MOVEMENT. THIS REDUCES THE STRESS AT THE SHOULDER STRAPS AND BELT THEREBY MAKING IT MORE COMFORTABLE FOR LONG HIKES;
  • BACKPACK COMPONENTS ARE APPROVED IN LABORATORY TESTS: FABRICS, BUCKLES, STRAPS, PADDING, ZIPS, ETC. FABRICS ARE TESTED FOR RESISTANCE TO ABRASION, TEARING, UV RAYS, REPEATED WASHING, WATERPROOF PROPERTIES, ETC. A FINAL TEST ON THE FINISHED PRODUCT SIMULATES THE KIND OF TREATMENT TO WHICH IT WILL BE SUBJECTED OVER SEVERAL YEARS, TO ASSESS THE STRENGTH OF THE ASSEMBLY. A FULLY LOADED BACKPACK IS PUT ON A DUMMY TO SIMULATE THE MOVEMENTS OF A FAST-WALKING HIKER OVER THOUSANDS OF CYCLES;
  • THE SYMBIUM 4 SYSTEM REDUCES THE FORCES EXERTED ON YOUR BACK BY ALMOST 8% WHEN COMPARED TO A TRADITIONAL BACKPACK. THE SYMBIUM 4 ELASTIC ALLOWS THE PACK THE "BOUNCE" THEREBY AIDING THE PERSON TO PROPEL THEMSELF FORWARDS. THE SYMBIUM 4 ELASTIC ABSORBS THE SHOCKWAVE OF THE BAG ON THE BACK. THIS RESULTS IN A 720 G REDUCTION FOR EACH STEP FOR A 20KG BAG, THAT IS, 31 METRIC TONS LESS ON THE BACK FOR A 6-HOUR HIKE AND A REDUCTION IN THE EFFORT REQUIRED BY THE WALKER;
  • INTEGRATED RAIN COVER STOWED IN BASE COMPARTMENT;