Ada beberapa kolektor pernah bertanya pada saya, kenapa mesti kebanyakan uniform ketenteraan, terutama sekali Tentera US, memakai "bendera terbalik" atau "reversed flag", "mirrored flag", "backward flag", dll? Apa maksudnya?
Sebenarnya ada banyak jawapan untuk perkara ini. Tetapi melalui kajian yang saya pernah buat hasil dari sedikit penyelidikan, dan bertanya sendiri dengan kenalan-kenalan yang berada di luar negara, terutama sekali kenalan di US sana (kebanyakan adalah ahli tentera itu sendiri), ini jawapan-jawapan yang saya boleh berikan.
Pada awalannya, tentera-tentera ini tidak memakai atau meletakkan apa-apa bendera pada uniform mereka. Tetapi mereka memegang sendiri panji bendera negara yang mereka berkhidmat ketika menyertai mana-mana misi mahupun keluar berperang di medan perang; sebagai tanda mereka berjuang untuk negara bendera yang mereka pegang. Di sini lah metaforanya bermula. Ketika memegang bendera tersebut, bendera tersebut pastinya berkibar -- bila mereka semua mara ke hadapan, pastinya bendera tersebut akan berkibar ke belakang; dan di sini lah, pihak musuh, atau mana-mana pihak lain, pastinya akan melihat bendera ini secara "terbalik" ke belakang kan? Ya lah, mana mungkin bila berjalan ke hadapan, bendera berkibar ke hadapan juga kan? Dan kemudiannya, kiasan ini diadaptasi kepada Shoulder Sleeve Insignia (SSI) atau patch; dan kerana itu juga lah SSI "reversed flag" ini dipakai atau diletak pada lengan kanan uniform; kerana apabila tentera memegang bendera itu sendiri, mereka akan memegang menggunakan lengan kanan mereka. Perkara ini menjadi turun-temurun hingga lah ke tentera-tentera masakini; untuk kebanyakan negara di dunia ini.
Jadi, jangan salah anggap yang mereka ini jenis yang suka memakai bendera terbalik menyatakan kebencian pada negara mereka. Tidak! Itu salah! Malahan mereka mencintai negara mereka! :)
Sedikit fakta lain mengenai SSI "reversed flag" ini adalah mengenai warna bendera mereka. Kebiasaannya warna bendera-bendera yang dilekat ini menggambarkan sesuatu misi dan kesesuaian pada penggunaan pakaian pada ketika itu. Antara contoh yang biasa dilihat, selain warna penuh (full color) bendera tersebut, terdapat pula yang dalam kategori "subdued" atau malap atau sugul atau pendek katanya, tiada berwarna, atau kusam. Bendera warna penuh adalah warna asal bendera negara yang disertainya, tanpa ada keperluan lain untuk tidak memberi warna pada bendera itu. Tetapi untuk versi "subdued", ianya digunakan untuk misi tertentu; di mana dalam konteks ini, ketika situasi kombat. Dalam situasi kombat, warna pada bendera perlu dikusamkan demi untuk menyesuaikannya dengan situasi pemakaian pada ketika itu. Keperluan memakai loreng atau celoreng (camouflage, selepas ini disebut "camo") adalah untuk "blend-in" atau masuk dan selaraskan dengan situasi sekeliling. Maka pada ketika ini, warna pada bendera perlu diselaraskan dengan camo pada uniform tersebut. Contohnya, ketika memakai corak Woodland maka kebiasaannya bendera "subdued" kepada warna kehijauan, jika memakai corak Desert maka "subdued" kepada kecoklatan (atau tan, atau warna tanah), jika memakai corak ACUPAT (Army Combat Uniform Pattern) maka "subdued" kepada warna kekelabuan (atau warna batuan) ataupun versi IR (Infra Red), dan sebagainya. Dalam situasi begini, jika memakai warna penuh, dari jauh pihak musuh boleh nampak warna bendera tersebut; jadi apa kegunaan camo pada ketika itu? Hehe :)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiL4IYuheLAImw11ldEyVHh3Dbdy5aE2M7_TiUSrgiU-dP2EgN_WXc58kgZBpF91phB3lhG1o_P2Vtn36Lg_w90aDAx9n6bEEZhM7K9e6pzncoQCtPJcrONpreevauoXPjwEWmVUoJKYac/s200/post-5404-1280708336.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSm2eAqHl8yDd9eWisClvT9mIYeWFdp66IE91tKJSdaMGt_MtdajeMYjTHmxsZ90CRmEy7OoTSiZ5c5j7gq-d8T-n8OF98QBkfgHCxlMbfcSSrSw-7D9Suwa1j4qPEF2yoyey4y2uTenU/s200/cimg1211.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixhPsOsoVPlQVWiZp4_jQqhWj4hLsOuIpbK4TugYpPVm0ZfCd830So1xhzM6omnIKKs2kJFarZxpVFYpr4bX67GS4PX2GIij8iFOa6w3_9j7tISSY9IrB-jX19Fm1LWOQyzpg7_6Tx_6k/s400/4948510094_837f74afc6.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgMrwWAtYthv8h27ia3EJ_ZuG-MEPGvk3at7K9Dy8V_kkIturvkgpey05S7-C9WrSUqUtS8EKHFt-rleGtZw_Ka1k0GAsd6r5EiEFIOpvJp4McAyMqkjoZm9rbRg1AbGezbngx_LHhl1-I/s1600/ACU+QF+333.png)