Untuk kali ini, saya ingin kongsikan bersama anda semua berkenaan aplikasi permainan untuk peranti BlackBerry, yang dinamakan sebagai "ANGRY FARM"; keluaran oleh Smarter Apps.
ANGRY FARM adalah sebuah aplikasi yang dikeluarkan oleh Smarter Apps khas untuk peranti BlackBerry demi memberi alternatif untuk aplikasi Angry Birds kepada pengguna BlackBerry kerana Angry Birds tidak dikeluarkan untuk mana-mana peranti BlackBerry setakat ini. Seperti yang ramai ketahui, Angry Birds hanya ada pada peranti iPhone dan iPad pada awalannya, dan kemudian turut dikeluarkan untuk pengguna Android seperti HTC, Samsung Galaxy, dan sebagainya.
Konsep permainannya lebih kurang sama dengan Angry Birds, di mana dengan ketiadaan peladang (pemilik ladang), ladang tersebut telah "dikuasai" oleh beberapa musang-musang yang kelaparan. Musang-musang tersebut telah menguasai ladang tersebut dan membuat onar di situ. Dek kerana terlalu tertekan dengan "kerakusan" musang-musang yang bergaya itu, seluruh warga (haiwan ternakan) di ladang tersebut mula menjadi marah dan membuat amukan yang diperlukan untuk mengatasi musang-musang yang semakin hari semakin bersifat "kuku besi" dan ada kemungkinan mengamalkan rasuah dan makan duit rakyat untuk projek berjuta-juta. Tanpa diganggu oleh FRU, seluruh haiwan ternakan tersebut telah berganding bahu tak kira bangsa, kaum atau warna kulit, maka mereka menyerang musang-musang yang semakin zalim dan selesa bermaharajalela di ladang tersebut. Musang-musang tersebut berkubu di dalam "bunker" di dalam beberapa kandang atau rumah haiwan, untuk melindungi diri mereka dari diserang oleh rakyat jelata yang semakin inginkan kebebasan dan pembersihan pucuk pimpinan yang dikuasai oleh musang-musang jahat. Dengan hanya berbekalkan "catapult" ataupun dalam bahasa kampungnya, lastik, semua haiwan tersebut menyerang menggunakan segala kudrat yang ada. Makanya, anda perlu membantu mereka untuk merancang strategi serangan dengan baik demi mengembalikan hak mereka sebagai rakyat jelata.
Untuk permulaan, anda boleh mendapatkan aplikasi ini dengan percuma tetapi hanya untuk 3 level percubaan sahaja. Untuk keseluruhan 30 level yang penuh aksi dan taktikal, anda boleh beli dan muat-turun melalui BlackBerry App World; yang mana anda boleh naik-taraf pada kemudiannya, secara percuma selamanya.
Maklumat ANGRY FARM: http://www.smarter-apps.com/angry-farm
Untuk muat-turun di BlackBerry App World: http://appworld.blackberry.com/webstore/content/28358
P/s: Kaitan permainan ini dengan dunia ketenteraan adalah, ianya seakan permainan strategi dan peperangan :)