28 Jul 2011

Cara mudah untuk install THEME untuk BlackBerry!

Pertama sekali, saya tidak akan share file atau link untuk mana-mana theme. Anda boleh cari sendiri. Google sentiasa menjadi RAKAN KARIB anda! Haha!

Saya cuma ingin kongsi bersama cara mudah untuk install apa jua theme ke dalam peranti telefon-pintar BlackBerry anda. Saya tahu ramai yang sudah arif mengenai perkara ini, tetapi masih ramai juga yang tidak tahu-menahu langsung mengenai perkara ini, termasuklah makcik-makcik yang berada di dalam kawasan FELDA di mana sambungan dengan dunia luar mereka hanyalah Buletin Utama TV3 sahaja! Haha!

Theme, dalam konteks ini, amat penting, secara psikologi. Kerana dengan kaedah merangsang psikologi pengguna terhadap rupa-rupa theme yang diminati mereka, akan menambahkan motivasi untuk mereka terus menggunakan peranti tersebut untuk tempoh masa yang lebih lama. Jadi tidaklah mereka terlalu berfikir untuk menggantikan peranti mereka dengan peranti yang baru, dan ini akan menjimatkan kos dan penggunaan tunai mereka! Dari segi ekonomi, membantu bukan? Rupa theme yang menarik juga merangsang psikologi pengguna dengan memberikan impak yang baik kepada pengguna agar lebih "relax" dan mengambil sedikit masa untuk berseronok dengan theme tersebut. Ini akan mengurankan kadar stress pada sesetengah pengguna.

Terdapat pelbagai cara mudah untuk memasang theme pada peranti telefon-pintar BlackBerry anda!

Paling mudah sememangnya adalah menggunakan muat-turun secara terus menggunakan kaedah OTA (Over the Air) dari mana-mana laman web yang menyediakan theme downloads dengan kaedah OTA. Akan tetapi ini adalah masalah kepada mereka yang tidak mendaftar pada mana-mana pelan data, mahupun yang mendaftar tetapi menggunakan pelan terhad di mana akses hanya diberikan kepada Laman Sosial dan IM (Instant Messenger), mahupun yang lebih rendah dari itu. Dengan ini, ianya akan menyukarkan sesiapa sahaja yang berada di dalam keadaan ini, di mana mereka terpaksa menggunakan default theme yang sedia-ada pada peranti mereka sehingga lunyai peranti itu.

Jadi untuk kemudahan anda, beberapa laman web turut menyediakan muat-turun selain dari kaedah OTA di mana pengguna perlu install theme mereka secara manual, iaitu dengan menggunakan Kabel USB, mahupun dengan cara memindahkan ke dalam Kad Memori mereka.

Perhatikan setiap theme yang telah di-muat-turun, akan mempunya beberapa files di dalam satu folder yang tertentu. Perhatikan, jika terdapat file yang berformat .ALX atau .JAD, dan beberapa longgokan (ada yang sudah disatukan ke dalam satu file) berformat .COD, yang biasanya turut menggunakan nama file yang sama dengan nama file yang berformat .ALX atau .JAD itu. Tetapi tidak kesemua peranti BlackBerry menyokong format .JAD, kerana kebanyakannya hanya menyokong format .ALX sahaja untuk theme itu dapat berfungsi dengan baik.

Untuk cara pertama, anda masukkan semua files termasuk folder tersebut ke dalam Kad Memori anda, dan kemudiannya cabut kabel USB, dan browse melalui BlackBerry anda. Klik pada ikon FILES > FILE FOLDERS > MEDIA CARD, dan klik pada folder theme anda itu, dan klik pada file yang berformat .ALX atau .JAD tersebut. Jika peranti anda menyokong format .JAD, ianya akan install menggunakan format tersebut. Jika tidak, ianya memerlukan format .ALX. Jika tidak dapat juga, ertinya theme anda itu memang bermasalah.

Cara kedua pula adalah menggunakan perisian yang didatangkan sekali bersama peranti anda di dalam kotak ketika mula-mula anda membelinya, dalam bentuk CD. Di dalam CD tersebut, ada perisian yang dinamakan sebagai BlackBerry Desktop Manager/Software. Install perisian ini, dan setelah selesai pemasangan, buka perisian tersebut, dan klik pada Applications (atau Application Loader), tunggu dia baca semua informasi. Kemudian, klik pada Add, dan pilih dalam folder theme yang anda inginkan itu, dan klik pada file yang berformat .ALX, dan klik pada butang Next, dan biarkan perisian tersebut meneruskan prosesnya sehingga selesai (termasuklah restart peranti BlackBerry anda), dan semuanya selesai! Mudah bukan?

Pun begitu, terdapat beberapa theme, tidak mempunyai file berformat .ALX (hanya ada .COD sahaja, dan/atau, .JAD). Untuk mereka yang menghadapi permasalahan ini, jangan tertekan dahulu. Ada penyelesaiannya. Dengan mudahnya semua ini boleh diselesaikan. Cara paling mudah adalah ambil mana-mana file .ALX dari mana-mana theme yang mempunyai file dengan format tersebut, copy & paste sahaja di dalam folder theme yang anda inginkan itu (yang tiada file berformat .ALX tu), dan namakan semula file tersebut mengikut nama file lain yang berformat .COD tu, dan pastikan ianya diakhirkan dengan .ALX (jangan pula salin bulat-bulat sehingga ke .COD pula). Kemudian, edit sahaja beberapa perincian tertentu, seperti berikut:-

<loader version="1.0"> <application id="theme_filename" _blackberryVersion="[5.0.0,)">  <name>theme_filename</name>  <description>theme_description</description>  <version>1.0</version>  <vendor>Plazmic Inc.</vendor>  <copyright>Copyright (c) 2001-2008 Plazmic Inc. All Rights Reserved.</copyright>  <fileset Java="1.0">   <files>    theme_filename.cod   </files>  </fileset> </application></loader>

Kemudian install sahaja seperti langkah-langkah yang telah saya berikan kat atas tu. Mudah sahaja bukan? Kalau ada apa-apa masalah, tanya sahaja. Nescaya saya takkan jawab kalau saya tak reti nak jawab. Haha!