Ya, untuk kali ini jua saya akan menulis berkenaan hal teknikal; bukan berkaitan ketenteraan seperti biasa. Kali ni saya nak menulis berkenaan perisian Facebook Mobile terkini untuk BlackBerry, iaitu Facebook v2.0! Banyak perubahan terkini yang telah ditambahbaik kepada perisian ini demi memudahkan penggunanya berinteraksi dengan rakan di media sosial seperti Facebook ini.
Pelbagai fungsi utama telah ditambahbaik terutama sekali fungsi yang telah lama ramai mempersoalkannya iaitu Facebook Chat! Sebelum ini, perisian berkaitan Chat ini perlu dimuat-turun secara berasingan dari perisian Facebook ini, dan ia amat menyukarkan kerana perlu mengasingkan ikon (agak menyemak di ruangan menu BlackBerry anda), perlu membuka 2 perisian serentak (dan ini mengganggu penggunaan "running apps" anda), dan sebagainya. Kini tidak lagi! Dengan perisian terkini Facebook v2.0 ini, semuanya telah "integrated" dalam SATU perisian sahaja! Dengan membukan perisian ini, terdapat sebuah menu mudah, dengan 1 klik sahaja, semua menu ringkas Facebook akan dikeluarkan; termasuklah Facebook Chat!
Rupa fizikal untuk kaedah navigasi juga sudah diperbaharui dan lebih kemas dari sebelum ini. Dengan "mengambil" rupa dari paparan grid navigasi dan bar notifikasi "Today View" di dalam BlackBerry 6, menambahkan rupa canggih perisian ini.
Paparan antaramuka perisian ini juga bertambah menarik dan nampak sedikit elegan! Berbanding sebelum ini, perisian terdahulu mempunyai paparan antaramuka yang kurang menarik; dan terus-terang saya katakan, seakan perisian JAVA ringkas untuk telefon bimbit biasa yang mana tidak mencerminkan ciri-ciri "telefon pintar" seperti BlackBerry.
Paparan menu juga semakin memudahkan di mana dengan 1 klik sahaja di logo Facebook utama, akan keluar paparan 1 muka semua menu ringkas untuk sub-perisian Facebook yang lain seperti Chat, Places, Messages, Photos, dan sebagainya. Kemudian anda hanya perlu klik sahaja ikon yang disediakan, dan anda akan terus dibawa ke ruangan sub-perisian yang dipilih tersebut.
Selain dari pembaharuan pada paparan dan integrasi dengan Facebook Chat, perisian ini juga berintegrasi dengan perisian-perisian utama BlackBerry seperti BlackBerry Messenger. Ini adalah perkara baru! Kerana sebelum ini, perisian Facebook terdahulu hanya berintegrasi dengan perisian Photo atau Media lain di dalam BlackBerry, dan juga dengan Phonebook (boleh intergrasi antara senarai rakan-rakan di Facebook dengan "contact" di dalam Phonebook). Tetapi kini, di dalam perisian Facebook v2.0 ini, anda boleh juga berintegrasi dengan BlackBerry Messenger; di mana anda boleh "add" nombor PIN BlackBerry rakan anda yang juga menggunakan BlackBerry, dan sebagainya.
Pun begitu, saya tetap merasakan banyak lagi fungsi-fungsi asas laman Facebook tidak dapat digunapakai di dalam mana-mana perisian Facebook untuk BlackBerry, walaupun untuk Facebook v2.0 yang terkini ini. Antara fungsi-fungsi asas yang masih lagi tiada di dalam versi terkini ini adalah:-
1) Tiada fungsi "tagging" di dalam "status update"; walaupun jika menggunakan '@', mahupun '#'. Fungsi ini penting dan menarik untuk "tag" rakan atau "fanpage";
2) Tiada paparan "event", terutama yang melibatkan hari lahir rakan-rakan kita.. di mana jika langsung tidak "login" melalui komputer (hanya menggunakan BlackBerry sahaja), maka kita akan terlepas banyak "event" penting -- terutama kepada mereka yang tidak "sync" dengan kalendar dalam BlackBerry;
3) Tiada fungsi untuk "save" atau muat-turun gambar-gambar di dalam Facebook, terutama gambar dari orang lain yang di dalam itu ada gambar kita;
4) Tiada fungsi "edit" atau mengubah deskripsi atau maklumat pada gambar, terutama jika tersalah tulis;
5) Tiada fungsi "tagging" pada gambar yang TELAH dimuat-naik;
6) Tiada fungsi "like" pada komen yang telah dibuat ke atas sebarang status atau gambar;
7) Tidak boleh "view" kumpulan atau "group" sebaiknya;
...dan berbagai-bagai lagi fungsi asas yang diperlukan, tidak terdapat pada mana-mana versi aplikasi ini. Saya masih berharap agar dalam masa terdekat ini, mereka membaikpulih perkara-perkara begini; demi menghidupkan suasana "smartphone" itu. Sekian, salam mesra.
Untuk memudahkan anda, boleh jenguk di: http://appworld.blackberry.com/webstore/content/680
Sumber 1: http://blogs.blackberry.com/2011/07/facebook-for-blackberry-bbm/
Sumber 2: Najib H. H. Hamid