Untuk kali ni, saya tidak menulis berkenaan ketenteraan mahupun perniagaan. Hendak berbicara terma teknikal pula. Persoalan yang biasa diutarakan oleh orang utara mahupun bukan utara, terutama kepada pengguna laman so-sial Facebook, dan kaki-kaki "blogging" dan tuan-punya laman web rasmi sendiri. Kenapa watak-watak ini lebih ditekankan dalam konteks ini? Kerana watak-watak ini biasanya seringkali update laman mereka sendiri, dan kerana itu, segala urusan update adalah terletak di tangan mereka untuk mempastikan isi pokok yang ingin disampaikan itu sampai kepada "target" pembaca, walaupun hanya pada peringkat permulaan iaitu perkongsian "link". Jangan diambil mudah peringkat ini kerana tarikan pembaca bermula pada peringkat ini. Kerana itulah pentingnya thumbnail dan description untuk link yang dikongsi tersebut; kerana dengan thumbnail akan menarik mata pembaca rawak terutama sekali jika thumbnail tersebut mempunyai gambar-gambar yang menarik minat pembaca, malah description juga penting walaupun hanya catatan ringkas mengenai general idea link yang dikongsi itu.
Akan tetapi kesemua link yang pernah dikongsi akan disimpan cache tersebut untuk memudahkan perkongsian tersebut agar tidak terlalu membuang masa untuk loading dan sebagainya, terutama sekali mereka yang mempunyai capaian kelajuan internet yang rendah, dan juga mereka yang menggunakan telefon bimbit mereka untuk berkomunikasi melalui laman Facebook; pastinya sukar untuk mereka load gambar di thumbnail tersebut; dan juga untuk memudahkan pihak Facebook itu sendiri untuk load data luar dari pangkalan data mereka sendiri, kerana setiap data yang dikongsi di dalam laman Facebook akan turut juga disimpan di dalam pangkalan data Facebook itu sendiri agar tidak membebankan muatan pangkalan data pihak Facebook.
Maka sedikit masalah akan berlaku bila link yang dikongsi tersebut hendak dikongsi semula pada masa akan datang, terutama sekali jika kandungan link tersebut telah diubah dan dipinda, gambar telah ditukarpakai, dan sebagainya. Dengan ini, jika ianya dikongsi kembali, data lama atau cache seperti yang telah tersimpan di dalam pangkalan data Facebook tersebut akan dikeluarkan kembali. Perkara ini amat menjadi masalah kepada pemilik laman link yang telah dikongsi tersebut kerana pembaharuan dan pindaan yang dibuatnya itu tidak berjaya disampaikan kepada bakal pembaca laman tersebut; ianya tidak akan mencapai keperluan pemindaan tersebut.
Untuk ini, ramai yang bertanya, adakah cara untuk "REFRESH" kandungan itu? Walaupun mereka telah mengosongkan dan memadam segala history dan cache melalui Browser mereka, perkara ini tetap tidak berjaya diubah. Ini kerana data tersebut tersimpan di dalam pangkalan memori Facebook, dan bukan di dalam pangkalan memori pengguna Facebook (seperti di dalam komputer masing-masing).
Kaedah refresh ini sebenarnya ada di dalam Facebook itu sendiri tanpa ramai yang ketahuinya. Kaedah ini amat mudah sebenarnya. Anda hanya perlu "salin" URL atau alamat laman web tersebut dan "tampal" pada ruangan kosong tertentu, untuk Facebook refresh sendiri segala kandungan tersebut. Cuma di dalam Facebook, kaedah ini dikenali sebagai "DEBUG" (sebelum ini dikenali sebagai "lint") di mana Facebook akan debug alamat laman web tersebut dan segala capaian kepada kandungannya akan ditindih dengan perkara baru, maka kandungan baru ini yang akan dipaparkan bila link ini dikongsi kembali. Mudah bukan?
Untuk memudahkan anda, di sini saya turut kongsi capaian ke laman FACEBOOK DEBUGGER tersebut. Klik sahaja dan anda akan dibawa ke laman tersebut. "Salin" sahaja alamat laman web tersebut, dan "tampalkan" pada ruangan yang diberikan dan klik butang "DEBUG", maka selesai kerja anda. Selamat mencuba!