23 Apr 2011

Battle: LA

Battle: Los Angeles atau di sesetengah tempat, menggunakan nama World Invasion: Battle of Los Angeles. Rasanya tak perlu lah saya cerita semua mengenai cerita ni sebab saya bukan nak buat entri untuk ulas cerita-ceritun ni. Saya cuma rasakan sedikit keseronokan lepas menonton cerita ni. Mungkin saya ni dikira ketinggalan sikit lah sebab baru tengok cerita tatkala orang lain semua dah sibuk cerita pasal Jastin Bibir datang Malaysia, tumpang kencing kat tandas kita, beli air dari orang kita (memang dijamin lah peniaga air yang dapat duit dia tu terus "frame"kan duit tu). Tapi nak buat macam mana, komitmen sangat tinggi untuk mencari rezeki, pastinya tiada masa untuk menghabiskan duit bayar taukeh wayang tu (padahal tengah sengkek). Ditambah pula kami ada anak kecil yang comel-momel lagi, so agak sukar lah nak bawa masuk ke dalam panggung tu -- dengan sejuknya lagi, dengan bisingnya lagi, nanti dibuatnya meraung dalam tu, malu orang gasar nanti.

Saya seronok tonton cerita ni sebab dari mula hingga ke penghabisannya, memang sentiasa menayangkan uniform rasmi pihak US Military (terutama sekali USMC). Bukan setakat itu sahaja, senjata-senjata yang digunakan, kereta kebal dan trak perisai yang digunakan, dan macam-macam lagi perkara yang menarik dipaparkan dalam cerita ni. SAYA BUKANLAH PENYOKONG AMERIKA, tapi saya sangat suka dengan barangan ketenteraan mereka terutama sekali uniform mereka kerana boleh dikatakan kesemuanya sangat menarik di mata saya dan juga untuk dibuat koleksi barangan ketenteraan saya. Mereka boleh dikatakan perintis kepada perkara-perkara ketenteraan ni kerana kebanyakan pihak ketenteraan di dunia ini mengadaptasi dari pihak ketenteraan US termasuklah pihak ketenteraan Malaysia sendiri.

Boleh dikatakan dari mula cerita, hampir kesemua uniform rasmi USMC (US Marine Corps) dipaparkan, terutama sekali USMC Desert MARPAT dan kemudiannya di bahagian tengah-tengah plot penceritaan, turut disertai oleh beberapa orang tentera (geng-geng Michelle Rodriguez) yang memakai uniform rasmi US Army (ACU terkini, dengan corak loreng digital/pixel yang ke arah kekelabuan dengan elemen batu-batuan, pasir kelikir, rumput kering, dan sedikit warna tanah kering), dan sesekali kelihatan lalu-lalang di belakang watak-watak utama (terutama ketika di kem atau bes) pegawai tentera yang memakai uniform-uniform bercorak/celoreng lain seperti MultiCam dan juga USMC Woodland MARPAT. Ini sangat mengujakan!

Sampai sini sahajalah coretan carutan saya untuk kali ni. Salam selasih diucapkan.

Pelbagai barangan bersifat ketenteraan ada dijual di http://www.facebook.com/theshhhroom