19 Oct 2012

Assault Pack: Pengenalan

Assault Pack? Apa itu Assault Pack? Assault Pack secara ringkas dan mudahnya adalah backpack (beg sandang belakang), atau haversack., yang digunapakai ketika di dalam misi "assaulting"; di mana ianya adalah bukan backpack biasa, tetapi lebih bersifat combat. Assault Pack secara kebiasaannya digunakan untuk membawa muatan seringkas mungkin untuk kemudahan sesebuah misi yang ringkas (biasanya satu misi, satu "supply"). Jika untuk misi yang tempoh masanya lebih panjang dan mengambil masa yang lama (atau sekurangnya dijangka akan mengambil masa yang lama), maka Assault Pack dengan kapasiti yang lebih besar diperlukan i.e. 3-Day Assault Pack.

Assault Pack, biasanya, dilengkapi dengan beberapa "compartment" yang bersesuaian untuk barangan tertentu. Pelbagai barangan kelengkapan dan keperluan boleh dimasukkan ke dalam Assault Pack ini; tetapi ianya tidak perlu terlalu "berlebihan muatan" dan sarat dengan pelbagai barangan kerana konsep asas Assault Pack adalah untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan sesebuah misi; di mana kelengkapan asas dan penting dapat dibawa bersama tanpa perlu mengusung banyak-banyak "pouch" atau "sub-pack" berasingan. Assault Pack juga biasanya turut dilengkapi dengan sistem bergrid PALS (Pouch Attachment Ladder System) atau biasanya dikenali sebagai sistem "webbing" atau ada sesetengah yang memanggilnya sebagai "MOLLE (disebut "Molly")", yang mana ianya kelihatan seperti "tali" yang banyak terjahit pada Assault Pack untuk kegunaan menyangkut "pouch", "holster", dan alatan lain yang boleh disangkut pada sistem grid tersebut.

Walaupun konsep awalnya adalah keringkasan tetapi lengkap, akan tetapi untuk untuk misi di mana ianya memerlukan muatan yang lebih dan keperluan untuk misi yang lebih memerlukan masa yang panjang, dan terdapat keperluan untuk muatan yang mencukupi untuk perjalanan misi tersebut (tanpa perlu meninggalkan barangan penting), keperluan kepada Assault Pack berkapasiti yang lebih besar juga diambilkira. Maka di sini, adalah lebih bersesuaian untuk menggunakan Assault Pack yang lebih besar atau lebih dikenali sebagai 3-Day Assault Pack. Biasanya, kiraan asas perjalanan misi, keperluan paling banyak pun adalah sehingga keperluan untuk 3 hari. Jika masa diambil lebih dari jangkaan, maka penggunanya perlu kekal "survive" dengan menggunakan keperluan yang sedia ada, atau mencari cara lain untuk kekal "survive" kerana kebiasaannya, apabila sudah melebihi 3 hari, ianya sudah melibatkan proses yang dinamakan "survival", seperti contoh situasi di mana anda terkandas di tempat anda ditugaskan atas masalah tertentu seperti di zon perang dan bencana yang diklasifikasikan sebagai "no-go zone", zon bahaya, atau mungkin "ground zero". Maka anda perlu gunakan segala pengetahuan anda, skil anda, dan "resources" di sekitar anda, untuk kekalkan kelangsungan hidup.

Secara asas, tiada spesifikasi atau jenama yang khusus untuk Assault Pack ini. Apa-apa jenama atau mana-mana pengeluar boleh mengeluarkan Assault Pack ini. Akan tetapi, untuk keperluan tertentu, dan formaliti mungkin, maka telah ditetapkan ciri-ciri dan spesifikasi tertentu sahaja yang boleh dibekalkan kepada sesuatu kumpulan atau badan atau unit atau organisasi tertentu; contohnya kepada ahli tentera. Untuk kegunaan ketenteraan, kualiti yang sangat tinggi amat penting dalam pengendalian Assault Pack ini. Maka untuk ini, jenama-jenama atau spesifikasi tertentu sahaja boleh diterima untuk dibekalkan kepada mereka. Antara contoh dalam konteks ini adalah ILBE (Improved Load Bearing Equipment); yang dikatakan mula-mula diasaskan oleh LEAF, dan dikeluarkan oleh syarikat Propper Inc. ILBE, pada mulanya, lebih dikenali sebagai program khas untuk US Marine Corps (USMC) di mana ianya direka khas secara strategik dan berprogram untuk kegunaan tertentu yang mana tumpuannya merangkumi Pack Utama untuk muatan persendirian (kelengkapan asas dan keperluan), sistem hidrasi (hydration system), dan beberapa kelengkapan lain; dan Assault Pack juga adalah termasuk dalam program asas ILBE ini. ILBE, pada awalannya, direka khas untuk kegunaan anggota USMC, hinggakan ke masa kini. Program ILBE ini sememangnya direka khas agar cukup kukuh dan kuat untuk muatan berat; di mana ianya boleh memuatkan sehingga 55 kilogram muatan! Ini kerana mereka merasakan bahawa anggota Marines memerlukan kelengkapan dan keperluan yang lebih dalam tugasan mereka, atas dasar mobiliti dalam tugasan mereka. Ini membantu mereka bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan lengkap dan berkesan.

Semoga menjadi bacaan bermanfaat.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk berkaitan Assault Pack dan tactical packs yang lain, anda boleh jenguk di http://www.facebook.com/theshhhroom
[baca artikel penuh]

17 Oct 2012

BACKPACK PILIHAN KALI INI: 5.11 RUSH 72

100% original 5.11 Rush 72
Kepada penggemar aktiviti lasak, mahupun mereka yang kerap menghadapi situasi yang memerlukan segalanya disiapkan segera, seperti contoh mereka yang berada di dalam bidang keselamatan dan pertahanan (polis, tentera, bomba, dan sebagainya), termasuk juga mereka yang berada di kawasan/zon perang dan bencana; memiliki beg yang besar dan tahan lasak, pastinya menjadi keutamaan. Ruang berkapasiti besar sahaja tidak mencukupi, ketahanan juga penting dalam situasi begini kerana anda perlu memastikan bekalan anda dibawa dengan baik, dan kemampuan bertahan untuk situasi yang lasak dalam tempoh yang agak panjang. Untuk tujuan ini, pastinya agak sukar untuk menentukan pilihan yang terbaik. Bukan tiada beg-beg yang tahan lasak di luar sana, tetapi ciri-cirinya mungkin kurang bersesuaian dengan situasi sukar dan terhad begini. Beg-beg yang digunakan untuk aktiviti 'hiking' juga tahan lasak, tetapi adakah ianya sesuai untuk menghadapi situasi seperti, contohnya, di zon perang atau zon bencana? Oleh itu, di sini, saya ingin mencadangkan salah satu dari beg-beg yang bersesuaian dengan situasi begini, yang mana pada saya, adalah antara yang terbaik! Memperkenalkan kepada anda, beg galas 5.11 RUSH 72, original dari jenama 5.11 (untuk kesesuaian dengan konteks kali ini saya maksudkan yang original ya, dan bukan yang tiruan punya tau).

Ruang yang luas
Beg ini mendapat namanya melalui saiz (kapasiti) dan keperluannya. Nombor "72" bermaksud kesesuaian untuk tempoh lebih kurang 72 jam (iaitu 3 hari); di mana segala bekalan dan keperluan seperti pakaian, alatan tertentu, dan sebagainya, boleh dimuatkan ke dalam beg ini. Nama "Rush" pula datang dari keperluannya yang dikhaskan untuk situasi yang memerlukan kepantasan dalam tempoh masa yang terhad. Sebab itu saya katakan sebelum ini, beg ini sememangnya amat bersesuaian untuk mereka yang berada dalam situasi begitu. Beg ini boleh dikatakan sesuai digunakan sebagai "Bug-Out-Bag (BOB)", di mana di dalam situasi kecemasan dan masa yang terhad, anda perlu capai apa yang patut, terutama sekali barangan penting anda. Maka di sini lah keperluan tersebut perlu disatukan di dalam beg yang bersesuaian dengan situasi kecemasan tersebut - orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Contoh paling mudah saya boleh berikan adalah untuk mereka yang ditugaskan (bukan penduduk tempatan) di zon bencana seperti kawasan yang ditandakan sebagai zon tsunami, ataupun zon gunung berapi dan gempa bumi. Bagi penduduk tempatan, mungkin mereka sudah bersedia awal-awal kerana itu tempat mereka. Tetapi bagi anda yang ditugaskan di sana, bagaimana? Pastinya anda kurang arif berkenaan tempat tersebut, secara khusus. Jadinya, anda sememangnya memerlukan beg begini agar mudah dicapai dan diusung ke sana ke sini, dan mungkin jika anda perlu berlari, memanjat, meredah kawasan sukar, dan sebagainya, kekukuhan dan ketahanan beg tersebut amat lah penting.

Mereka yang bekerja di dalam bidang keselamatan dan pertahanan juga boleh dikatakan perlu memiliki beg begini; termasuklah anggota tentera yang diberi tugasan "deployment" ke tempat yang di luar "kawasan main-main" mereka, anggota medik yang ditugaskan di zon bencana, anggota bomba dan penyelamat yang ditugaskan dalam misi menyelamat di tempat asing dan ruangan terhad, anggota polis yang ditugaskan dalam misi keselamatan di lokasi yang memerlukan ketangkasan dan ruang terhad, dan sebagainya.

MOLLE webbing
Beg ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi-fungsi yang menarik dan penting dalam merencana penggunaannya sebaiknya. Luaran beg ini dilengkapi dengan 'MOLLE webbing' (tali-tali yang terdapat di luaran beg) yang boleh digunakan sebagai "attachment" untuk pelbagai aksesori tambahan seperti 'pouch' tambahan, dan sebagainya. Turut dilengkapi dengan 'velcro' untuk pemasangan apa-apa sahaja yang anda inginkan, seperti tab nama, nombor badan, bendera Negara anda, dan sebagainya mengikut keinginan anda.

Pelbagai saku dalaman
Beg ini dilengkapi dengan pelbagai saku-saku yang berguna - ada yang berzip (tanpa berjaring), ada yang berjaring (tanpa berzip), ada yang berzip dan berjaring. Ini antara fungsi yang membuatkan beg ini menjadi lebih hebat dan menarik. Saku yang berzip memudahkan penyimpanan barangan dengan lebih selamat, dan saku yang berjaring amat memudahkan capaian kepada barangan tanpa perlu 'meraba' mencari, sedangkan anda boleh nampak barangan tersebut dari luar dan capainya dengan penuh ketenangan.

Ruang bagasi utamanya yang agak besar, menjadi lebih menarik dengan terdapatnya beberapa saku berzip yang berjaring; dan juga "kantung kering (dry pouch)" beserta pengikat, di mana ianya sangat sesuai untuk penyimpanan barangan dan pakaian yang basah dengan baik, tanpa membasahkan pakaian dan barangan lain yang turut tersimpan bersama di dalam ruangan beg ini. Dengan saku-saku dalaman ini, anda tidak perlu risaukan masalah kekurangan ruang kerana walaupun saku-saku dalaman ini dipenuhkan, tetap terdapat banyak lagi ruang yang luas untuk pelbagai barangan kerana ruang bagasi utama ini sememangnya besar dan luas. Saya pernah masukkan sepasang BDU + M88 PASGT Helmet + tactical boots + tactical vest + hydration canteen, dan ruangan ini masih boleh masuk beberapa barangan lain lagi, tanpa kelihatan dipaksa sumbat.

Saku tepi berzip
Di bahagian tepi luarannya pula terdapat sebaris 'MOLLE webbing' pelbagai guna, dan terdapat ruangan kocek berzip yang agak besar, di mana di dalamnya terdapat lagi saku-saku kecil untuk pelbagai barangan dan utiliti penting. Ruangan kocek berzip di bahagian tepi ini ada terdapat pada kedua-dua bahagian tepi beg ini (kiri dan kanan beg). Ruangan kocek ini juga boleh dikatakan agak besar yang boleh memuatkan barangan yang agak besar; saya pernah gunakan ruangan ini untuk masukkan gulungan tuala, tactical gloves, stoking, gulungan tshirt, gulungan seluar, malahan gulungan kain pelikat pun pernah! :)

Tips: Pelbagai 'pouch' menarik boleh di-attach pada MOLLE webbing ini, ada dijual di The Shhhroom: Outdoor & Tactical

Ruang khas simpanan - bahan 'fleece'
Di bahagian atas beg ini pula terdapat satu kantung kecil berzip (tidak lah terlalu kecil) dengan bahagian dalamannya terdapat "dinding" dari bahan 'fleece' (material lembut seakan baldu yang biasa digunakan untuk memanaskan badan, keringkan basahan, mengelap kacamata, dan sebagainya), yang melindung barangan yang disimpan di dalamnya; seperti kacamata, goggle, handphone, dan sebagainya. Bahan 'fleece' ini juga lah yang membantu melindung bahan-bahan bercermin atau berkaca seperti kacamata dan goggle dari tercalar. Kedudukan ruangan ini juga agak tersorok (ditambah pula dengan berzip) dan diletakkan di bahagian atas di mana kedudukannya terletak sama paras dengan bahagian kepala (paras di mana mata lebih mudah menangkap sebarang pergerakan mencurigakan di belakang badan).

Ruang 'hydration system'
Beg ini juga mempunyai ruangan khas untuk 'hydration system (penyimpanan bekalan air)' yang berzip di bahagian belakangnya. Di dalam ruangan berzip ini, terdapat saku khas untuk diletakkan 'hydration bladder (kantung air)' yang agak kalis air, dan mempunyai pengikat untuk pastikan kedudukan 'bladder' tersebut kekal di tempatnya. Ruangan ini juga dilengkapi dengan "lubang khas" untuk laluan 'piping host' dari 'bladder' tersebut dan laluan ini terus boleh digantung pada 'carrying strap' beg ini, agar memudahkan penggunanya menggunakan 'hydration system' tersebut dengan baik. 'Hydration bladder' ini dijual berasingan (tidak didatangkan sekali dengan beg ini), dan agak mudah menemukannya di pasaran pada masa kini; guna apa-apa jenama pun tidak mengapa, tiada masalah. Ruangan ini juga turut dilengkapi oleh pelindung luaran (hard shell) yang berfungsi untuk melindungi 'hydration system' yang disimpan di dalam ruangan tersebut agak tidak mudah "dicederakan" semasa penggunaan beg ini. Secara alternatifnya, ruangan ini boleh juga digunakan untuk simpanan barangan lain seperti Tablet PC, laptop kecil, dan sebagainya.

Tips: 'Hydration bladder' ada dijual di The Shhhroom: Outdoor & Tactical

Back panel yang selesa
Bahagian belakang beg ini juga dibina dengan 'back panel' yang kukuh agar membenarkan beg ini kelihatan tegap dan tidak terlipat jatuh ketika ditegakkan. Dibantu pula dengan bahan-bahan yang selesa dan lembut (padded) agar memberikan keselesaan ketika memakainya. Selain ketahanan, keselesaan juga penting sebab di saat kecemasan, anda pastinya memerlukan beg itu sepanjang masa. Jika tidak selesa, ianya akan merimaskan si pemakainya. Cuma pada saya, ada satu kekurangannya (tidak besar pun kekurangan tersebut), iaitu kurangnya ruang pengaliran udara. Memang lah lekuk-lekuk yang sedia ada itu, boleh memberikan fungsi ruang pengaliran udara yang agak baik, cuma pada saya ianya masih belum mencukupi. Ia akan menjadi lebih baik jika terdapat ruangan berjaring yang tegap dan kedudukannya tidak melekap pada beg agar memberikan ruangan laluan udara dan pembuangan haba yang baik. Pun begitu, saya masih lagi berpuas hati menggunakannya. Selain itu, 'carrying strap' beg ini juga agak selesa demi menampung bebanan pada bahu yang memikul; ditambah lagi dengan 'hip belt (tali pada pinggang)' dan juga tali pengikat dada, yang membantu membahagi bebanan yang dipikul agar tidak lah terasa berat bertumpu di bahu sahaja. 'Hip belt' tersebut juga boleh disimpan di dalam ruangan khas untuk menyorokkan 'hip belt' ini bagi mereka yang kurang gemarkan 'hip belt' ini (kadang-kadang ianya merimaskan juga).

Beg ini TIDAK didatangkan dengan 'rain cover'. 'Rain cover' boleh dibeli berasingan (tapi saya tidak pasti ada 'rain cover' khas untuk beg ini dikeluarkan oleh 5.11). Akan tetapi, mengikut pengamatan dan pengalaman menggunakannya, beg ini boleh dikatakan agak kalis air. Ini kerana saya pernah menggunakannya ketika hujan yang agak lebat (tak sangka pula tiba-tiba turun hujan lebat macam tu), di mana di dalamnya turut tersimpan Tablet Phone, kamera, dan peranti GPS saya. Bila sampai di rumah, kelam-kabut saya buka dan jenguk barang-barang tersebut, dan apa yang mengejutkan saya, tiada langsung kesan basahan pada barang-barang tersebut walau setitis air pun. Saya jadi kagum juga lah! Memang ada terdapat di dalam laman web 5.11 yang menyatakan material beg ini dibuat oleh bahan yang agak kalis air, tetapi saya tetap kurang yakin tanpa nampak di depan mata. Maka selepas kejadian itu, saya menjadi lebih yakin. Pun begitu, saya tetap bawa extra 'rain cover' untuk lebih meyakinkan diri. Ya lah, nama pun buatan manusia, tetap tidak yakin sempurna. Hehehe.

Tips: 'Rain cover' kosong tanpa sebarang jenama, ada dijual di The Shhhroom: Outdoor & Tactical

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan beg ini. Anda bila lagi? :)

Berminat untuk membelinya? Jom dapatkannya di The Shhhroom: Outdoor & Tactical


[baca artikel penuh]

10 Oct 2012

Pelaburan Hartanah, adalah pelaburan wang yang BIJAK!

Umum pasti tahu bahawa hartanah adalah antara harta yang tidak mengalami susut nilai pasaran. Ini kerana tanah adalah antara aset kekal yang tidak boleh 'dialihkan' atau 'digerakkan', di mana ia akan terus di situ, tidak kira lah pembangunan bertambah atau tidak, ia tetap di situ. Tambahan lagi dengan pembangunan dan kemajuan yang semakin bercambah, memungkinkan ruang bertanah semakin dipenuhi, dan kerana ruang tanah di mukabumi ini tidak boleh ditambah sesuka hati, maka ianya akan menjadi terhad; dan apabila ianya terhad, permintaan bertambah, maka harganya akan meningkat dan melonjak tinggi! Walau mungkin ada yang mengatakan "harga tanah" akan merundum jatuh apabila tempat tersebut dilanda bencana alam, sama ada kerap mahupun tidak. Tetapi pada pandangan saya, tanggapan begitu boleh dikatakan tidak terlalu tepat! Pada pandangan saya, yang merundum jatuh harganya itu bukan lah harga tanah tersebut (harga pada fizikal tanah tersebut), tetapi lebih kepada "nilai komersil" yang ada pada 'binaan' atau 'output' yang terdapat atas tanah tersebut. Hakikatnya tetap sama, nilai tanah tersebut tetap bernilai tinggi!

Nilai komersil yang saya maksudkan di sini adalah nilainya pada tahap aktiviti komersil yang dijalankan pada tanah tersebut. Apakah maksudnya? Baiklah, dengan kata mudahnya begini:- Contoh yang saya boleh berikan adalah harga rumah di atas sebidang tanah. Jika berlaku sesuatu bencana seperti "bencana tanah runtuh" misal kata. Pastinya ramai yang memberi tanggapan bahawa harga rumah tersebut akan jatuh, kerana bakal pembeli pasti gusar untuk mendiami rumah tersebut, kerana bimbangkan risiko tanah runtuh tersebut akan menyebabkan kehilangan nyawa mahupun kerosakan harta. Jadinya di sini, yang sebenarnya menurun atau merundum itu adalah harga rumah tersebut yang dibina di atas tanah tersebut. Nampak tak? Apa yang dikatakan merundum itu adalah nilai komersil pada apa-apa yang diusahakan di atas tanah tersebut; dan BUKAN nilai tanah tersebut - Nilai tanah tersebut masih sama. Kerana apa saya katakan begitu? Jikalau misal kata tidak dibina pun rumah atau kediaman di atas tanah tersebut, masih ada banyak lagi perkara lain yang boleh diusahakan di sana, yang mungkin akan meninggikan lagi nilai komersil ke atas tanah tersebut. Apa yang boleh diusahakan di situ, itu adalah terpulang pada kreativiti anda sebagai usahawan mahupun hartawan. Bayangkan tanah di kawasan gunung berapi yang masih aktif pun boleh menjadi antara kawasan yang mempunyai nilai yang sangat tinggi, terutama jika ianya berada di dalam 'atmosfera' industri pelancongan.

Trivia: Antara yang tinggi nilainya adalah Tanah Rizab Melayu, tanah di tepi pantai, tanah di kawasan tanah tinggi, tanah berhampiran aktiviti pelancongan seperti Pesta Air, dan tanah berhampiran bandar.

Nilai hartanah ini boleh dikatakan antara pelaburan yang melibatkan wang, yang paling mudah, paling efisien, paling stabil, paling kurang berisiko, dan yang penting, ia adalah pelaburan fizikal yang sangat jelas! Anda hanya perlu menjadi seorang yang berani untuk melaburkan wang, kreatif dalam merancang strategi, dan juga inovatif dalam mengusahakannya agar anda menjadi 'yang pertama' dalam bidang tersebut!

Sebab tu saya sangat kagum dengan nama-nama hebat dalam industri ini seperti GL*M*C (iklan ini tidak dibayar mahupun ditaja). Kerana apa? Kerana, lihat sahaja kebanyakan 'property' yang mereka usahakan; entah di ceruk mana, kawasan pedalaman yang pada awalnya tiada siapa jangka ada manusia sudi mendiami kawasan itu, kawasan bekas tinggalan estet, dan sebagainya -- Semuanya kini menjadi antara 'property' yang sangat tinggi harganya! Dalam beberapa tahun sahaja, harga rumah di sana meningkat berganda! Itu lah keberanian yang saya maksudkan sebelum ni. Jadi, pilih sahaja mana kawasan yang anda rasa ada potensi mengikut perancangan anda, bina lah sesuatu di sana, dan pastikan usaha itu berterusan mengikut 'budget' anda. Jangan pula tiada perancangan. Berani sahaja tidak mencukupi, perancangan yang turut serta itu penting! Kalau anda rasa yang menaikkan harga rumah (misal kata) di situ adalah pusat komersil berhampiran seperti pasaraya terkenal, maka anda lah yang patut menjadi orang pertama untuk membina pusat komersil tersebut! Rancanglah sebaiknya! Jika perlukan khidmat nasihat, ada beberapa rakan-rakan saya yang berada di dalam bidang guaman dan hartanah. Salam selasih.

Lebih dari 60% hartanah yang berjaya dibangunkan hari ini adalah berasal dari kawasan tanah yang dikatakan "tempat jin bertendang" dan harga hartanah-hartanah di sana kini menjadi antara yang tertinggi di Malaysia :)

Berikut, adalah contoh kawasan dan hartanah yang menarik untuk dibangunkan. Faktor tinjauan, antaranya adalah, kawasan bersekitarannya kini semakin pesat membangun, berhampiran kawasan bernilai komersil tinggi, berhampiran kawasan berkaitan perniagaan import-eksport, dan sebagainya.

Maklumat lanjut, boleh didapati di sini.


[baca artikel penuh]

8 Oct 2012

XPLOREX "NEO" GPS NAVIGATION DEVICE; Peranti Navigasi GPS terkini dari The Shhhroom

XPLOREX "NEO" GPS NAVIGATION DEVICE adalah Peranti Navigasi GPS terkini keluaran The Shhhroom: Outdoor & Tactical; menggantikan model sebelum ini iaitu Xplorex "Styx", dengan penambahbaikan terkini dan berfungsi lebih baik dari model Xplorex "Styx" - upgraded firmware, upgraded system, upgraded processor, upgraded satellite-receiver system, upgraded RAM, upgraded navigation software - the all new device!

Dengan skrin sesentuh 5-inci masih dikekalkan dari model sebelumnya, rupa yang sama, tetapi segala sistem yang menjalankan peranti ini telah ditambahbaik dari model sebelumnya. Xplorex "Neo" adalah Peranti Navigasi GPS yang lebih baik!

Elakkan dari tersalah laluan atau tersesat jalan, membuang masa dengan 'pusing-pusing' tapi tidak juga jumpa lokasi yang dicari, 'pening kepala' mencari bank atau ATM atau masjid atau tempat makan berhampiran atau mana-mana sahaja destinasi penting! Makanya, rancanglah perjalanan anda sebaiknya! Anda akan turut dipermudahkan dengan jangkaan masa tiba dan jangkaan jarak perjalanan! Terdapat pelbagai lagi spesifikasi menarik dan berguna untuk anda!

Dengan navigasi-bantuan-bersuara, pemanduan-navigasi berasaskan satelit (jadinya tiada sambungan pada internet diperlukan, tiada caj penggunaan bulanan), paparan navigasi 3-Dimensi, paparan bangunan 3-Dimensi (untuk beberapa tempat terpilih), paparan simpang (untuk beberapa tempat terpilih), paparan nama tempat (nama bandar, nama jalan, nama sungai, nama pantai, dsb), pencarian satelit pantas jika terputus (contohnya ketika memasuki terowong), navigasi-anggaran yang berterusan jika terputus sambungan pada satelit (ketika memasuki terowong, navigasi akan diteruskan dengan bantuan sistem 'anggaran'), paparan laluan kemalangan, paparan halaju dan kelajuan kenderaan, paparan kamera perangkap-kelajuan, dan sebagainya!

Untuk maklumat lanjut berkenaan spesifikasi penuh, harga dan cara pembelian, boleh dapatkan terus di http://xplorexneogps.blogspot.com

  • 5.0 INCH TOUCHSCREEN (WITH STYLUS PEN);
  • VOICE NAVIGATION, SATELLITE-ASSISTED [NO INTERNET CONNECTION REQUIRED];
  • FAST-DETECTION SATELLITE RECEPTIONS;
  • SIRF ATLAS V, WIN CE;
  • POWERED BY PAPAGO! X8 AKA PAPAGO! ONE;
  • PREINSTALLED WITH MALAYSIA (PENINSULAR & WEST MALAYSIA), BRUNEI & SINGAPORE MAPS;
  • 3D NAVIGATION, 3D BUILDING, JUNCTIONS VIEW, SPEED LIMIT DETECTION, SPEEDTRAP CAMERA DETECTOR, ETA DETERMINATION, AND MORE INTERACTIVE FUNCTIONS!;
  • AUDIO PLAYER [MP3, WAV, ETC];
  • VIDEO PLAYER [AVI, 3GP, ETC];
  • NOTES/DOCUMENTS VIEWER & EDITOR;
  • PICTURE VIEWER, AND MORE;
  • COMPLETE SET WITH WINDSCREEN MOUNTING, IN-CAR CHARGER, SOCKET CHARGER, USB CABLE & EARPHONE;
  • NOT RELATED IN ANY MANNER TO OTHER BRANDS, SELF-ISSUED, MANUFACTURED IN CHINA;

Untuk maklumat lanjut berkenaan spesifikasi penuh, harga dan cara pembelian, boleh dapatkan terus di http://xplorexneogps.blogspot.com

[baca artikel penuh]