Sejarahnya bermula bilamana terdapat keperluan kepada para juruterbang ketenteraan semasa Perang Dunia Pertama di mana kebanyakannya pesawat mereka tidak mempunyai penutup kokpit sepenuhnya (biasanya hanya penghadang angin seperti yang digunakan oleh motorsikal), dan untuk mengekalkan kepanasan badan dan mengawal sensitiviti terhadap tekanan udara ketika mengendalikan pesawat mereka. Kemudiannya ianya mula digunakan secara rasmi oleh UK Royal Air Force pada sekitar tahun 1920-an dan Perang Dunia Kedua. Pada ketika ini, material utamanya adalah kulit dan bulu biri-biri.
Item ini sangat menarik minat aku untuk dimasukkan ke dalam koleksi jualan The Shhhroom | Hobbies & Collectibles sebagai antara barang koleksi untuk jualan kepada para kolektor. Anda boleh hubungi kami untuk info lanjut dan maklumat pembelian. Banyak lagi koleksi menarik ada dalam simpanan kami; khas buat anda para penggemar item sebegini. Salam selasih.