8 Mar 2011

M-65 Field Jacket

M-65 Field Jacket (selepas ini disebut sebagai "M-65") adalah antara item yang saya kumpul; yang mana sangat sukar untuk dapatkannya. Saya perlu berurusan dengan ramai kolektor lain dari seantero dunia (US, Jepun, Vietnam, dan macam-macam lagi); bertukar-tukar item, hinggalah saya berjaya mendapatkannya. Itu pun yang memang ada sedikit koyak (tetapi siap dijahit & diperbaiki sebaiknya). Banyak duit yang terpaksa dihabiskan untuk mendapatkannya. Memang betul-betul "jarang" (baca dengan intonasi "rareeeeee").

M-65 Field Jacket (juga dibaca M-1965 Field Jacket) adalah antara 'field jacket' yang dikeluarkan oleh pihak Ketenteraan US dan diperkenalkan sebagai salah satu uniform rasmi pada tahun 1965; dan sekaligus menggantikan model M-51; model ditambahbaik dari M-43 (model yang digunapakai dalam Perang Dunia Ke-2).

Design untuk M-65 amat menarik hati saya (terutama sekali disebabkan saya adalah peminat setia cerita-cerita seperti "Supernatural", "Jericho", "Rambo", dan sebagainya), direka dengan material yang sangat tahan lasak dan tebal, terdapat 4 poket berpenutup yang dijahit luar (2 poket besar di bahagian dada, 2 poket lagi terletak sedikit ke tepi bahagian pinggang), 'built-in hood' yang boleh dimasukkan ke dalam 'pouch' di kolar (leher) yang boleh dizipkan di mana ciri ini amat berlainan dengan versi sebelumnya (terutama sekali M-51 dan M-43) yang mana 'hood'nya terletak berasingan, mempunyai 'front closure' lengkap dengan zip & butang, 'cuff' yang boleh diselaras menggunakan pengikat 'velcro' mengikut keselesaan, dan macam-macam lagi ciri-ciri menarik.

M-65 digunakan oleh pihak Ketenteraan US dengan popularnya; terutama sekali di waktu Perang Vietnam (ada dipaparkan di dalam cerita Rambo) dan pada waktu itulah M-65 ini menjadi semakin popular. M-65 ini juga didatangkan dengan ketebalan material untuk memanaskan badan para tentera ketika musim sejuk. Item ini tidak pernah dijual kepada umum di mana-mana kedai jualan biasa (kecuali yang berkaitan dengan inbentori ketenteraan), hanya tentera berdaftar sahaja boleh mendapatkannya.. dan setelah bertahun-tahun ianya digunakan, kini item ini tidak lagi digunapakai oleh mana-mana ketenteraan, dan setelah itu jua item ini semakin sukar ditemui. Item ini memang boleh dibina kembali oleh mana-mana penjahit yang pakar dalam bidang jahitan uniform ketenteraan, tetapi semua ciri-ciri utama M-65 pastinya tidak akan dapat ditiru bulat-bulat (dan bahan-bahan yang perlu digunakan juga pastinya sangat mahal). Item yang 'genuine' pastinya didatangkan khas dengan 'tag' atau 'inner label' tertentu milik pihak ketenteraan.. dan jika lagi lusuh keadaannya pastinya lebih tinggi nilainya (kerana ianya pernah digunapakai oleh pihak tentera itu sendiri).

Memudahkan bicara, item ini sangat-sangat berharga buat kolektor seperti saya. Sukar ditemui dan didapati, bersifat 'vintage' dan lusuh, berciri lasak, dan lain-lain faktor lagi.

Pelbagai barangan berkaitan Army & Military, termasuklah M-65 Field Jacket ini, boleh didapati di The Shhhroom: Outdoor & Tactical