Pastinya ramai yang tidak sedar kepentingan ilmu perundangan (walaupun sedikit) dalam perniagaan secara amnya. Ramai yang merasakan bahawa perniagaan ini hanya sekadar menjual barangan; keluar pagi, pulang petang, cukup bulan kira duit. Ingat semua, bahawa perniagaan bukan hanya setakat itu sahaja, ianya perlu mempunyai visi. Kerana itu juga ramai yang tidak ambil peduli untuk menambah ilmu; hanya merasakan cukup dengan apa yang ada sahaja. Ilmu tidak semestinya mempunyai sijil tertentu, menamatkan pelajaran di Universiti tertentu, dan sebagainya. Khidmat nasihat dari mereka yang berilmu juga boleh menjadi sumber penambahan ilmu. Jika anda tidak mempunyai latar belakang bidang tertentu, anda boleh dapatkan ilmu tersebut dari mereka yang berlatar belakangkan bidang tersebut.
Seperti contoh untuk konteks ini, bidang Perundangan. Tidak semestinya anda perlu berjumpa dengan peguam, atau mengambil khidmat guaman dari mana-mana pihak berkaitan perundangan, atau melantik terus peguam untuk mendapatkan khidmat nasihat Perundangan untuk perniagaan anda. Anda juga boleh bertanya pada pensyarah di dalam bidang perundangan, ataupun rakan-rakan anda yang berlatar belakangkan bidang perundangan, ataupun berjumpa dengan Perundingcara Korporat & Perniagaan seperti kami, yang mana turut menyediakan khidmat nasihat Perundangan Korporat, Komersil, dan Perniagaan; yang juga turut menyediakan khidmat nasihat permulaan berkenaan Perundangan & Perniagaan seperti pengetahuan am mengenai undang-undang yang digunapakai di Malaysia, ilmu asas perundangan, penyediaan kertas perjanjian, penyediaan memorandum, pengetahuan asas melesenkan perniagaan anda termasuk skop-skop yang bersesuaian, dan sebagainya. Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan sedikit kos berbanding anda melantik peguam, atau menggaji penasihat undang-undang yang mana anda perlu membayar gaji mereka secara bulanan.
Memang tidak dinafikan bahawa jalan yang terbaik adalah anda berjumpa terus dengan peguam yang berilmu dan berpengalaman, atau menggaji penasihat undang-undang yang pakar dalam bidang perundangan untuk menjadi penasihat syarikat anda. Tetapi untuk mereka yang mempunyai perniagaan yang kecil, perancangan "budget" yang kurang kukuh, bermodal kecil, dan pelbagai lagi yang setaraf, anda pastinya perlukan khidmat nasihat yang jauh lebih murah dan mudah, kerana anda hanya baru pada peringkat permulaan. Melainkan jika anda sudah mempunyai kes-kes tertentu, atau mempunyai perkara yang perlu dibicarakan di dalam Mahkamah, pastinya anda memerlukan khidmat peguam untuk mewakili anda di Mahkamah; dan untuk itu juga anda tidak perlu risau, kerana kami juga turut mempunyai Panel-Panel Peguam kami tersendiri yang mana kami akan rujuk jika terdapat perkara yang perlu dibicarakan di Mahkamah. Segalanya sudah menjadi lebih mudah kan? Anda hanya perlu merujuk kepada sebuah syarikat Perundingcara seperti kami, dan anda tidak perlu bersusah payah lagi selepas ini.
Perundangan sememangnya amat penting untuk perniagaan. Pelbagai contoh boleh diberikan di sini. Antaranya:-
Kes 1: Ramai yang telah ditipu dalam urusniaga yang melibatkan MLM, skim-skim tertentu, dan pelbagai lagi sistem lain yang melibatkan wang. Di dalam suratkhabar, televisyen, majalah, dan sebagainya, banyak berita mengenai penipuan dalam sistem-sistem sebegini, tetapi mengapa masih ramai lagi yang ditipu? Tidakkah mereka mengambil iktibar? Di sini anda dapat lihat bahawa mereka kekurangan ilmu berkaitan undang-undang, dan kerana itu juga mereka dengan mudahnya ditipu. Tahukah anda bahawa sistem-sistem sebegini terutama sekali yang melibatkan wang, perlu berdaftar dengan badan-badan tertentu seperti Bank Negara Malaysia (BNM)? Tahukah anda mengenai Akta Perbankan dan Institusi Kewangan? Tahukah anda mengenai undang-undang lain berkaitan Perniagaan? Pastinya ramai yang tidak sedar mengenai kepentingan isu sebegini. Sebagai pengguna, anda perlu tahu hak anda berdasarkan undang-undang Malaysia. Sebagai peniaga pula, anda perlu tahu setakat mana perniagaan anda sah dari segi undang-undang Malaysia.
Kes 2: Ramai yang ke Mahkamah kerana terdapat perlanggaran perjanjian antara mereka dan rakan kongsi mereka, atau dengan pelanggan mereka. Tetapi, kebanyakan dari mereka, langsung tidak mempunyai "hitam-putih" ataupun perjanjian bertulis. Agak sukar untuk mempertahankan diri di Mahkamah tanpa wujudnya perjanjian bertulis. Inilah yang terjadi bila kebanyakan peniaga langsung tidak ambil peduli mengenai pentingnya ilmu perundangan dalam perniagaan. Ada yang memberi alasan, mereka tidak tahu menahu mengenai perundangan, tetapi apa salahnya jika anda merujuk kepada mereka yang tahu? Kerana itulah wujudnya Perundingcara seperti kami ini. Jika anda mempunyai peruntukan kos yang lebih, anda boleh merujuk terus kepada Peguam. Tetapi jika anda ingin kurangkan kos atau mempunyai peruntukan kos yang rendah, anda boleh menggunakan rujukan alternatif seperti kami. Mudah bukan?
Ada pelbagai lagi kes-kes mengenai perundangan ini. Itu saya akan kemukakan pada kemudian hari. Tetapi dengan kes-kes yang telah diberikan seperti di atas ini, saya mengharapkan bahawa fikiran anda akan sedikit terbuka. ILMU PERUNDANGAN AMAT PENTING UNTUK PERNIAGAAN. Percayalah...
Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingcara undang-undang, termasuklah memberi kursus ringkas berkaitan undang-undang untuk perniagaan anda, boleh hubungi saya melalui nombor +6-018-668-1948 atau emelkan kepada shhhroom@gmail.com