31 Aug 2011

Salam Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54!

Dalam kesempatan ini, saya nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua ummat Islam di Malaysia, mahupun di dunia. Tidak dilupakan juga ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-54 kepada semua rakyat Malaysia, sama ada di dalam Malaysia, mahupun yang di luar negara.

Tahun ini sambutan Hari Raya dapat diraikan bersama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia (walaupun sudah masuk Hari Raya ke-2); maka kemeriahan sangat dapat dirasakan. Pun begitu, saya berharap agar semua rakyat Malaysia sedar akan hakikat perayaan ini tidak perlu lah disambut dengan aktiviti-aktiviti yang keterlaluan dan melampaui batasan; juga janganlah jadikan sambutan ini sinonim dengan aktiviti 'merempit' kerana ia akan membusukkan suasana Raya kali ini. Harap kita semua faham akan hakikat ini.

Sekian, Salam Aidilfitri dan Salam 2Syawal! :)