8 Sept 2012

BACKPACK PILIHAN KALI INI: JACK WOLFSKIN DENALI 60 MEN

Untuk entri kali ini, saya nak membuat ulasan mengenai satu lagi backpack/rucksack yang menjadi 'highlighted product' dalam The Shhhroom: Outdoor & Tactical. Backpack/rucksack ini juga adalah dari salah satu dari jenama-jenama terkenal dunia; iaitu JACK WOLFSKIN. Seperti ramai yang sudah ketahui, Jack Wolfskin adalah antara jenama hebat berkaitan 'outdoor' yang juga berasal dari Germany; yang mana merupakan negara yang terkenal sebagai tempat asal jenama-jenama hebat barangan 'outdoor' seperti Deuter. Jack Wolfskin juga antara jenama-jenama hebat dunia yang sangat popular kerana kualiti yang tinggi dan fungsi yang pelbagai guna; setaraf dengan jenama-jenama hebat yang lain seperti Deuter, Karrimor, The North Face, Blackwolf, Kathmandu, dan berbagai-bagai lagi. Tapi jenama lain, bukan fokus saya untuk entri ini. Fokus saya untuk entri kali ini adalah JACK WOLFSKIN DENALI 60 MEN backpack/rucksack (selepas ini disebut sebagai "JW D60").

Sebelum saya buat review ini, saya telah membuat kajian terperinci terhadap backpack ini; melalui kajian secara pencarian info, survey dari beberapa pendaki terlatih, survey dari orang ramai, survey dari rakan-rakan 'backpackers' lain, dan juga melalui eksperimen sendiri -- tested and approved!

Secara luarannya, rupa fizikal JW D60 ini amat menarik dengan 'design' yang bersifat 'mountaineering', kombinasi warna dan varian yang kelihatan 'tough', tegap dan kukuh, dan bentuk yang mengikut struktur badan yang bersesuaian dengan aktiviti lasak.

Rain cover tersedia
Material yang digunakan juga sangat utuh dan kukuh, tegap, dan sangat tahan lasak untuk apa-apa jua aktiviti lasak. Secara dasarnya, material yang digunakan tidaklah kalis air, tetapi setakat terkena air dalam kuantiti yang sekata dan tidak terlalu 'berat', tidaklah tembus sampai ke bahagian dalaman; contohnya hujan renyai-renyai, mahupun simbahan air ringan seperti yang jatuh dari pokok-pokok selepas hujan. Tetapi untuk kuantiti yang lebih banyak seperti hujan lebat, simbahan air yang agak banyak, dan lain-lain lagi, secara 'open' begitu, tiada jaminan bahawa air tidak akan tembus ke bahagian dalaman walaupun sedikit. Jadi, untuk mengelakkan air dari tembus ke bahagian dalam dan juga untuk menjadi 100% kalis air, JW D60 ini juga turut didatangkan dengan 'rain coat' atau 'rain cover' yang digunakan untuk membalut backpack ini dari luar secara menyeluruh, demi memberikan perlindungan yang penuh. Pun begitu, anda tetap dinasihatkan dan disarankan agar menambahkan lagi tahap kekalisan air tersebut dengan membalut barangan penting dengan plastik ataupun apa-apa sahaja yang mempunyai material kalis air sebagai langkah berjaga-jaga. Menyesal tak sudah nanti kalau barangan penting basah; walaupun telah disarungkan dengan 'rain cover' tersebut. (info: 'rain cover' ini ada tersimpan di dalam saku kecil di bahagian bawah backpack ini, dan ditanda dengan tag bersimbolkan "titisan air dan beg yang dilindungi rain cover").

Back panel canggih
Bahagian belakang ataupun 'back panel' JW D60 ini bercirikan struktur yang bersesuaian dengan lelaki dan juga struktur yang sesuai untuk mengangkut bebanan yang berat; dengan sistem ERGOFORM PRO (MEN), lekukan  mengikut 'torso', pad kekusyen yang lembut dan terbentuk, dan juga 'waist belt' yang juga dengan pad kekusyen yang lembut dan terbentuk ini memberikan kemudahan maksimum dalam pengagihan bebanan dan juga keselesaan dalam penggunaan. Turut dilengkapi dengan sistem bingkai 'HONEY COMB', menambahkan lagi kekukuhan 'kekuda' backpack ini agar menambahkan lagi kemudahan dalam pengagihan bebanan. Sistem bingkai ini juga amat ringan dan tidak menambahkan bebanan yang ketara kepada backpack ini.

Wisel keselamatan tersedia
Di bahagian back panel backpack ini juga terdapat pengikat dada yang juga merupakan sebahagian dari sistem pengagihan bebanan backpack ini. Pada pengikat dada tersebut, turut dilengkapkan dengan 'safety whistle' yang boleh ditiup ketika saat-saat kecemasan; boleh digunakan ketika sesat di dalam hutan belantara untuk memberi isyarat kepada orang lain yang berkemungkinan terdengar bunyi wisel tersebut dan boleh memberikan bantuan menyelamat. Ianya juga bertindak sebagai bantuan kecemasan andai anda berhadapan dengan situasi yang memerlukan anda memberikan isyarat yang pantas kepada orang lain. Fungsi ini jarang ada pada kebanyakan backpack.

Sesuai untuk penggunaan
hydration bladder
JW D60 ini juga dilengkapi dengan sistem yang membenarkan penggunaan 'hydration bladder' dengan mudah dan terancang ('hydration bladder' ini dijual berasingan). Anda hanya perlu memasukkan hydration bladder ke dalam kelongsong khas di dalam pek utama backpack ini, dan keluarkan paip saliran air dari 'bladder' tersebut melalui corong khas yang disediakan pada backpack ini, yang mana ditanda dengan tag bersimbolkan "H2O dan titisan air", dan paip saliran ini juga boleh disisipkan pada 'hook' yang terdapat pada 'carrying strap' pada backpack ini. Sungguh memudahkan bukan? :)

Selain itu, backpack ini juga didatangkan dengan 'option' khas untuk membawa 'trekking pole' mahupun 'ski and ice axe lashing'. Mudah untuk dikepilkan pada backpack, tanpa perlu bersusah payah mencangkuk di tempat lain. Fungsi khas ini juga dilengkapi dengan 'velcro strap' untuk mengukuhkan ikatan tersebut.

Kekunci ruang bagasi dalaman
Bahagian dalamannya pula dilengkapi dengan material kalis air yang lembut tetapi kukuh dan utuh untuk memberikan perlindungan maksimum kepada barangan dan pakaian yang disimpan di dalam backpack ini. Bahagian 'closure' backpack ini pula dilengkapi dengan tali khas dan pengikat boleh-laras yang mudah digunakan; bahagian ini memudahkan anda untuk masukkan semaksimum mungkin keperluan yang anda perlukan sepanjang trip yang anda rancangkan.

Backpack ini juga turut dilengkapi dengan zip dan landasannya yang sangat berkualiti tinggi, yang membenarkan anda menggunakan semua fungsi dan ruangan yang ada, dengan penggunaan maksimum, tanpa perlu risaukan ketahanannya. Selain dari zip, 'hook', 'click clipper', 'handle', dan sebagainya adalah diperbuat dari bahan-bahan yang sangat tahan lasak, sangat sesuai dengan kualiti backpack ini. Pendek kata, backpack ini sememangnya berkualiti tinggi; dan anda pastinya akan berpuas hati memilikinya!

Backpack JACK WOLFSKIN DENALI 60 MEN ini boleh didapati dari The Shhhroom: Outdoor & Tactical

GENUINE/AUTHENTIC/ORIGINAL, LICENSED BY JACK WOLFSKIN GERMANY GMBH & CO. KGAA, MANUFACTURED IN VIETNAM.

CAPACITY: 60L+10L
EST. DIMENSION: 80 CM (H) x 36 CM (W) x 24 CM (D)
BACKLENGTH: S-L MEN
COLOR: BASALT
  • 100% ORIGINAL, MANUFACTURED IN VIETNAM;
  • BRAND NEW ITEM, FRESH FROM MANUFACTURER;
  • HIGH QUALITY PRODUCTION;
  • COMFORTABLE, LIGHTWEIGHT AND FLEXIBLE ERGOFORM PRO CARRY SYSTEM FOR OPTIMAL LOAD DISTRIBUTION AND GREATER FREEDOM OF MOVEMENT;
  • ADJUSTABLE CHEST STRAP WITH SAFETY WHISTLE;
  • OCCIPITAL CAVITY FOR ENHANCED CARRY COMFORT;
  • DUAL ACCESS MAIN SECTION (ACCESS VIA LID AND FRONT OPENING), INNER POCKET (DOUBLES AS STORAGE POUCH FOR DRINKS BLADDER), HEIGHT-ADJUSTABLE LID POCKET WITH INNER COMPARTMENT, LARGE FRONT POCKET, 2 VOLUME-EXPANSION POCKETS AND 2 MESH SIDE POCKETS, BASE COMPARTMENT WITH EASY ACCESS VIA WIDE-APERTURE ZIPPED OPENING;
  • TREKKING POLE, SKI AND ICE AXE LASHING OPTIONS;
  • INTERNAL, SIDE AND BASE COMPRESSION OPTIONS;
  • PREPPED TO ACCEPT AN ON-BOARD HYDRATION SYSTEM (TUBE DUCT AND TUBE ATTACHMENT);
  • INTEGRATED RAIN COVER STOWED IN BASE COMPARTMENT;
  • MAIN SECTION: HIGH TEARSTRENGTH, EXTREMELY LIGHT CROSS RIP 300D WITH WOVEN-IN RIPSTOP REINFORCEMENT THREADS AND ULTRA-LIGHTWEIGHT + LIGHTWEIGHT, VERY ABRASION RESISTANT, HIGH TEARSTRENGTH NAILHEAD 420D;
  • BASE: VERY DENSE WEAVE, HIGH TEARSTRENGTH, ABRASION RESISTANT CHAINTEC 1000D;
  • FRAME: VERY LIGHT AND SHAPE-RETENTIVE ALUMINIUM HONEY COMB;


Untuk maklumat lanjut, sila ke laman Facebook di http://www.facebook.com/theshhhroom