17 Oct 2012

BACKPACK PILIHAN KALI INI: 5.11 RUSH 72

100% original 5.11 Rush 72
Kepada penggemar aktiviti lasak, mahupun mereka yang kerap menghadapi situasi yang memerlukan segalanya disiapkan segera, seperti contoh mereka yang berada di dalam bidang keselamatan dan pertahanan (polis, tentera, bomba, dan sebagainya), termasuk juga mereka yang berada di kawasan/zon perang dan bencana; memiliki beg yang besar dan tahan lasak, pastinya menjadi keutamaan. Ruang berkapasiti besar sahaja tidak mencukupi, ketahanan juga penting dalam situasi begini kerana anda perlu memastikan bekalan anda dibawa dengan baik, dan kemampuan bertahan untuk situasi yang lasak dalam tempoh yang agak panjang. Untuk tujuan ini, pastinya agak sukar untuk menentukan pilihan yang terbaik. Bukan tiada beg-beg yang tahan lasak di luar sana, tetapi ciri-cirinya mungkin kurang bersesuaian dengan situasi sukar dan terhad begini. Beg-beg yang digunakan untuk aktiviti 'hiking' juga tahan lasak, tetapi adakah ianya sesuai untuk menghadapi situasi seperti, contohnya, di zon perang atau zon bencana? Oleh itu, di sini, saya ingin mencadangkan salah satu dari beg-beg yang bersesuaian dengan situasi begini, yang mana pada saya, adalah antara yang terbaik! Memperkenalkan kepada anda, beg galas 5.11 RUSH 72, original dari jenama 5.11 (untuk kesesuaian dengan konteks kali ini saya maksudkan yang original ya, dan bukan yang tiruan punya tau).

Ruang yang luas
Beg ini mendapat namanya melalui saiz (kapasiti) dan keperluannya. Nombor "72" bermaksud kesesuaian untuk tempoh lebih kurang 72 jam (iaitu 3 hari); di mana segala bekalan dan keperluan seperti pakaian, alatan tertentu, dan sebagainya, boleh dimuatkan ke dalam beg ini. Nama "Rush" pula datang dari keperluannya yang dikhaskan untuk situasi yang memerlukan kepantasan dalam tempoh masa yang terhad. Sebab itu saya katakan sebelum ini, beg ini sememangnya amat bersesuaian untuk mereka yang berada dalam situasi begitu. Beg ini boleh dikatakan sesuai digunakan sebagai "Bug-Out-Bag (BOB)", di mana di dalam situasi kecemasan dan masa yang terhad, anda perlu capai apa yang patut, terutama sekali barangan penting anda. Maka di sini lah keperluan tersebut perlu disatukan di dalam beg yang bersesuaian dengan situasi kecemasan tersebut - orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Contoh paling mudah saya boleh berikan adalah untuk mereka yang ditugaskan (bukan penduduk tempatan) di zon bencana seperti kawasan yang ditandakan sebagai zon tsunami, ataupun zon gunung berapi dan gempa bumi. Bagi penduduk tempatan, mungkin mereka sudah bersedia awal-awal kerana itu tempat mereka. Tetapi bagi anda yang ditugaskan di sana, bagaimana? Pastinya anda kurang arif berkenaan tempat tersebut, secara khusus. Jadinya, anda sememangnya memerlukan beg begini agar mudah dicapai dan diusung ke sana ke sini, dan mungkin jika anda perlu berlari, memanjat, meredah kawasan sukar, dan sebagainya, kekukuhan dan ketahanan beg tersebut amat lah penting.

Mereka yang bekerja di dalam bidang keselamatan dan pertahanan juga boleh dikatakan perlu memiliki beg begini; termasuklah anggota tentera yang diberi tugasan "deployment" ke tempat yang di luar "kawasan main-main" mereka, anggota medik yang ditugaskan di zon bencana, anggota bomba dan penyelamat yang ditugaskan dalam misi menyelamat di tempat asing dan ruangan terhad, anggota polis yang ditugaskan dalam misi keselamatan di lokasi yang memerlukan ketangkasan dan ruang terhad, dan sebagainya.

MOLLE webbing
Beg ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi-fungsi yang menarik dan penting dalam merencana penggunaannya sebaiknya. Luaran beg ini dilengkapi dengan 'MOLLE webbing' (tali-tali yang terdapat di luaran beg) yang boleh digunakan sebagai "attachment" untuk pelbagai aksesori tambahan seperti 'pouch' tambahan, dan sebagainya. Turut dilengkapi dengan 'velcro' untuk pemasangan apa-apa sahaja yang anda inginkan, seperti tab nama, nombor badan, bendera Negara anda, dan sebagainya mengikut keinginan anda.

Pelbagai saku dalaman
Beg ini dilengkapi dengan pelbagai saku-saku yang berguna - ada yang berzip (tanpa berjaring), ada yang berjaring (tanpa berzip), ada yang berzip dan berjaring. Ini antara fungsi yang membuatkan beg ini menjadi lebih hebat dan menarik. Saku yang berzip memudahkan penyimpanan barangan dengan lebih selamat, dan saku yang berjaring amat memudahkan capaian kepada barangan tanpa perlu 'meraba' mencari, sedangkan anda boleh nampak barangan tersebut dari luar dan capainya dengan penuh ketenangan.

Ruang bagasi utamanya yang agak besar, menjadi lebih menarik dengan terdapatnya beberapa saku berzip yang berjaring; dan juga "kantung kering (dry pouch)" beserta pengikat, di mana ianya sangat sesuai untuk penyimpanan barangan dan pakaian yang basah dengan baik, tanpa membasahkan pakaian dan barangan lain yang turut tersimpan bersama di dalam ruangan beg ini. Dengan saku-saku dalaman ini, anda tidak perlu risaukan masalah kekurangan ruang kerana walaupun saku-saku dalaman ini dipenuhkan, tetap terdapat banyak lagi ruang yang luas untuk pelbagai barangan kerana ruang bagasi utama ini sememangnya besar dan luas. Saya pernah masukkan sepasang BDU + M88 PASGT Helmet + tactical boots + tactical vest + hydration canteen, dan ruangan ini masih boleh masuk beberapa barangan lain lagi, tanpa kelihatan dipaksa sumbat.

Saku tepi berzip
Di bahagian tepi luarannya pula terdapat sebaris 'MOLLE webbing' pelbagai guna, dan terdapat ruangan kocek berzip yang agak besar, di mana di dalamnya terdapat lagi saku-saku kecil untuk pelbagai barangan dan utiliti penting. Ruangan kocek berzip di bahagian tepi ini ada terdapat pada kedua-dua bahagian tepi beg ini (kiri dan kanan beg). Ruangan kocek ini juga boleh dikatakan agak besar yang boleh memuatkan barangan yang agak besar; saya pernah gunakan ruangan ini untuk masukkan gulungan tuala, tactical gloves, stoking, gulungan tshirt, gulungan seluar, malahan gulungan kain pelikat pun pernah! :)

Tips: Pelbagai 'pouch' menarik boleh di-attach pada MOLLE webbing ini, ada dijual di The Shhhroom: Outdoor & Tactical

Ruang khas simpanan - bahan 'fleece'
Di bahagian atas beg ini pula terdapat satu kantung kecil berzip (tidak lah terlalu kecil) dengan bahagian dalamannya terdapat "dinding" dari bahan 'fleece' (material lembut seakan baldu yang biasa digunakan untuk memanaskan badan, keringkan basahan, mengelap kacamata, dan sebagainya), yang melindung barangan yang disimpan di dalamnya; seperti kacamata, goggle, handphone, dan sebagainya. Bahan 'fleece' ini juga lah yang membantu melindung bahan-bahan bercermin atau berkaca seperti kacamata dan goggle dari tercalar. Kedudukan ruangan ini juga agak tersorok (ditambah pula dengan berzip) dan diletakkan di bahagian atas di mana kedudukannya terletak sama paras dengan bahagian kepala (paras di mana mata lebih mudah menangkap sebarang pergerakan mencurigakan di belakang badan).

Ruang 'hydration system'
Beg ini juga mempunyai ruangan khas untuk 'hydration system (penyimpanan bekalan air)' yang berzip di bahagian belakangnya. Di dalam ruangan berzip ini, terdapat saku khas untuk diletakkan 'hydration bladder (kantung air)' yang agak kalis air, dan mempunyai pengikat untuk pastikan kedudukan 'bladder' tersebut kekal di tempatnya. Ruangan ini juga dilengkapi dengan "lubang khas" untuk laluan 'piping host' dari 'bladder' tersebut dan laluan ini terus boleh digantung pada 'carrying strap' beg ini, agar memudahkan penggunanya menggunakan 'hydration system' tersebut dengan baik. 'Hydration bladder' ini dijual berasingan (tidak didatangkan sekali dengan beg ini), dan agak mudah menemukannya di pasaran pada masa kini; guna apa-apa jenama pun tidak mengapa, tiada masalah. Ruangan ini juga turut dilengkapi oleh pelindung luaran (hard shell) yang berfungsi untuk melindungi 'hydration system' yang disimpan di dalam ruangan tersebut agak tidak mudah "dicederakan" semasa penggunaan beg ini. Secara alternatifnya, ruangan ini boleh juga digunakan untuk simpanan barangan lain seperti Tablet PC, laptop kecil, dan sebagainya.

Tips: 'Hydration bladder' ada dijual di The Shhhroom: Outdoor & Tactical

Back panel yang selesa
Bahagian belakang beg ini juga dibina dengan 'back panel' yang kukuh agar membenarkan beg ini kelihatan tegap dan tidak terlipat jatuh ketika ditegakkan. Dibantu pula dengan bahan-bahan yang selesa dan lembut (padded) agar memberikan keselesaan ketika memakainya. Selain ketahanan, keselesaan juga penting sebab di saat kecemasan, anda pastinya memerlukan beg itu sepanjang masa. Jika tidak selesa, ianya akan merimaskan si pemakainya. Cuma pada saya, ada satu kekurangannya (tidak besar pun kekurangan tersebut), iaitu kurangnya ruang pengaliran udara. Memang lah lekuk-lekuk yang sedia ada itu, boleh memberikan fungsi ruang pengaliran udara yang agak baik, cuma pada saya ianya masih belum mencukupi. Ia akan menjadi lebih baik jika terdapat ruangan berjaring yang tegap dan kedudukannya tidak melekap pada beg agar memberikan ruangan laluan udara dan pembuangan haba yang baik. Pun begitu, saya masih lagi berpuas hati menggunakannya. Selain itu, 'carrying strap' beg ini juga agak selesa demi menampung bebanan pada bahu yang memikul; ditambah lagi dengan 'hip belt (tali pada pinggang)' dan juga tali pengikat dada, yang membantu membahagi bebanan yang dipikul agar tidak lah terasa berat bertumpu di bahu sahaja. 'Hip belt' tersebut juga boleh disimpan di dalam ruangan khas untuk menyorokkan 'hip belt' ini bagi mereka yang kurang gemarkan 'hip belt' ini (kadang-kadang ianya merimaskan juga).

Beg ini TIDAK didatangkan dengan 'rain cover'. 'Rain cover' boleh dibeli berasingan (tapi saya tidak pasti ada 'rain cover' khas untuk beg ini dikeluarkan oleh 5.11). Akan tetapi, mengikut pengamatan dan pengalaman menggunakannya, beg ini boleh dikatakan agak kalis air. Ini kerana saya pernah menggunakannya ketika hujan yang agak lebat (tak sangka pula tiba-tiba turun hujan lebat macam tu), di mana di dalamnya turut tersimpan Tablet Phone, kamera, dan peranti GPS saya. Bila sampai di rumah, kelam-kabut saya buka dan jenguk barang-barang tersebut, dan apa yang mengejutkan saya, tiada langsung kesan basahan pada barang-barang tersebut walau setitis air pun. Saya jadi kagum juga lah! Memang ada terdapat di dalam laman web 5.11 yang menyatakan material beg ini dibuat oleh bahan yang agak kalis air, tetapi saya tetap kurang yakin tanpa nampak di depan mata. Maka selepas kejadian itu, saya menjadi lebih yakin. Pun begitu, saya tetap bawa extra 'rain cover' untuk lebih meyakinkan diri. Ya lah, nama pun buatan manusia, tetap tidak yakin sempurna. Hehehe.

Tips: 'Rain cover' kosong tanpa sebarang jenama, ada dijual di The Shhhroom: Outdoor & Tactical

Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan beg ini. Anda bila lagi? :)

Berminat untuk membelinya? Jom dapatkannya di The Shhhroom: Outdoor & Tactical