15 Feb 2013

SALE!!! SALE!!! SALE!!! 100% ORIGINAL 5.11 SERIES BACKPACK!!!

Kepada peminat produk ORIGINAL jenama 5.11, sekarang ni The Shhhroom - Outdoor & Tactical sedang mengadakan jualan promosi HARGA RENDAH untuk beg galas siri 5.11 RUSH. Antara model yang terpilih adalah 5.11 RUSH 12, 5.11 RUSH 24, 5.11 RUSH 72; semuanya warna hitam sahaja buat masa ini. DAPATKAN PRODUK ORIGINAL DENGAN HARGA YANG JAUH LEBIH RENDAH!

Dapatkan maklumat lanjut di http://www.facebook.com/shhhroom


[baca artikel penuh]

Berpindah ke FB Page Baru :)


Sukacita dimaklumkan bahawa The Shhhroom - Outdoor & Tactical telah berpindah ke laman Facebook yang baru; kerana laman lama terpaksa ditutup atas masalah teknikal dengan pihak Facebook. Mohon ramai-ramai kembali memeriahkan laman Facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda! :)

[baca artikel penuh]

14 Dec 2012

Antara Dua Telinga



Antara dua telinga
Adanya mata yang melihat
Adanya hidung yang menghidu
Adanya mulut yang berkata
Tiadakah malu andai dua telinga itu tidak mahu mendengar?

Antara dua telinga
Adanya pelbagai dosa
Dilakukan riang dek anggota di tengahnya
Walhal sudah didengarkan dengan nasihat kebaikan
Tiadakah malu andai dua telinga itu masih lagi tidak mahu mendengar?

Dengarlah wahai dua telinga
Seraplah ke hati
Agar hati tidak mati

Antara dua telinga
Semoga yang lainnya menjadi manfaat...

KNTG Puitis
Khamis, 13/12/2012, 3:00PM
[baca artikel penuh]

21 Oct 2012

Android Apps: AES Detector

Pastinya rakyat Malaysia sudah ramai tahu berkenaan AES ini. Secara ringkasnya, AES atau Automatic Enforcement System, adalah suatu sistem yang membantu menjalankan sistem penguatkuasaan berkaitan keselamatan dan kesalahan trafik di Malaysia ini. Secara dasarnya, ianya adalah "improvement" kepada sistem penguatkuasaan yang sedia ada sebelum ini seperti "speedtrap camera", 'saman ekor', dan sebagainya. Segala kesalahan trafik yang berada di dalam senarai penguatkuasa, akan dirakam secara automatik oleh 'kamera perangkap', dan dihantar terus ke dalam sistem, dan 'saman' akan dikeluarkan serta-merta, dihantar terus kepada 'pesalah' tersebut; antara kesalahan yang biasa tersenarai adalah melanggar halaju, melanggar lampu isyarat merah, dan beberapa kesalahan lain. Turut dikatakan bahawa AES hanya 'ditempatkan' di kawasan kemalangan sahaja. Adakah benar? Tidak lah saya ketahui. Apa yang pasti, AES dalam konteks ini, adalah AES yang diamalkan di Malaysia; di negara lain tidak lah saya pasti.

Cukup rasanya saya terangkan berkenaan AES ini, kerana "concern" saya di dalam entri kali ini adalah aplikasi yang membantu mengesan kawasan-kawasan dan kamera-kamera yang dilengkapi dengan AES ini. Punya lah hebat impak AES ini sehinggakan ada aplikasi dibina untuk mengesannya. Sebab apa ya? Tidak lah mahu saya debatkan akan hal ini.

Perlu diingat bahawa aplikasi ini tidak lah "conclusive", ianya perlu dianggap sebagai rujukan untuk memudahkan sahaja; dan ianya bukan lah bertujuan untuk 'mengganggu' kerja-kerja penguatkuasa, tetapi hanya sebagai rujukan pemanduan. Pemandu, tetap perlu memandu dengan baik, cermat, dan bijak. Tanpa perkara ini pun, kita hendaklan memandu sebaiknya. Kalau pun tidak mahu fikirkan diri sendiri, fikir lah akan hal orang lain untuk terus hidup dengan sihat sejahtera.

Baiklah. Cukup dengan celoteh. Saya teruskan kepada fokus utama entri kali ini, iaitu APLIKASI UNTUK ANDROID: AES DETECTOR. Aplikasi ini adalah aplikasi mudah dan ringkas untuk digunakan; dan tidak lah membeban penggunaan RAM mahupun 'sistem pemprosesan' dengan berat. Ianya boleh dimuat-turun kepada hampir semua versi Android masa kini; dan ianya perlu diselarikan dengan fungsi GPS di peranti. Mengikut pengalaman saya sendiri, setakat ini ianya berjaya mengesan lokasi AES ini. Ada beberapa tempat yang tidak kelihatan kameranya (mungkin disorokkan, mungkin juga benar-benar tiada), tetapi pada saya, tiada salahnya kita "alert", tidak rugi apa-apa pun. Tetapi kebanyakan lokasi yang ditandakan, memang jelas kelihatan kameranya.

Jom download aplikasi ini di Google Play sekarang! Salam selasih.

P/s: Kenapa saya pilih entri ini untuk Android? Sebab saya adalah pengguna Android :-p
[baca artikel penuh]