14 Dec 2012

Antara Dua Telinga



Antara dua telinga
Adanya mata yang melihat
Adanya hidung yang menghidu
Adanya mulut yang berkata
Tiadakah malu andai dua telinga itu tidak mahu mendengar?

Antara dua telinga
Adanya pelbagai dosa
Dilakukan riang dek anggota di tengahnya
Walhal sudah didengarkan dengan nasihat kebaikan
Tiadakah malu andai dua telinga itu masih lagi tidak mahu mendengar?

Dengarlah wahai dua telinga
Seraplah ke hati
Agar hati tidak mati

Antara dua telinga
Semoga yang lainnya menjadi manfaat...

KNTG Puitis
Khamis, 13/12/2012, 3:00PM