18 May 2012

MENGENAL HAIWAN: PLATIPUS

Untuk entri kali ini, saya nak bercerita mengenai platipus. Bukan apa, perlu rasanya untuk sekurang-kurangnya mengetahui secara am berkenaan haiwan-haiwan yang wujud, terutama yang sukar/tidak ditemui di Malaysia. Agar memudahkan kita bila berada di tempat lain, dan bertembung dengan haiwan-haiwan ini. Sekurang-kurangnya kita tahu maklumat ringkas berkenaannya.

Platipus adalah haiwan separa-akuatik, yang biasanya ditemui di Australia; beberapa jenis juga pernah ditemui di beberapa tempat lain di dalam dunia, tetapi dalam bilangan yang sangat kecil. Dikategorikan sebagai mamalia, hidup di air dan di darat, platipus juga adalah haiwan yang bertelur, dan bukan beranak seperti mamalia lain.

‎"Pous" dalam bahasa Greek bermaksud "kaki", dan kemudian dilatinkan menjadi "pus" yang juga membawa maksud "kaki". "Platus" pula, dalam bahasa Greek, membawa maksud "leper, rata" dan kemudian dilatinkan menjadi "platu" yang juga membawa maksud yang sama. Maka dari perkataan latin (adaptasi dari Greek), "platupous" diterjemah kepada bahasa Inggeris menjadi "platypus", yang turut jua diterjemah ke bahasa Malaysia sebagai "platipus"' iaitu haiwan yang berkaki leper.

Yaa platipus adalah haiwan yang comel, berbulu halus, berkaki leper, berparuh itik. Tetapi anda perlu ingat, bahawa haiwan ini antara haiwan yang mempunyai bisa yang boleh membunuh! Antara yang mempunyai bisa yang berbahaya!