11 May 2012

GUNA PERANTI NAVIGASI GPS PUN SESAT JALAN? APA YANG SALAH?

Ada yang mengadu, gunakan Peranti Navigasi GPS (selepas ini disebut sebagai "GPS" sahaja) pun masih SESAT JALAN lagi? Sebenarnya tu bukan kesalahan GPS, tapi kesalahan anda sendiri; kerana GPS itu adalah mesin, tiada otak dan akal. Ia hanya menjalankan tugas dan fungsinya seperti yang diprogramkan oleh manusia. Diri anda sendiri yang perlu memainkan peranan untuk lebih "kenali" peranti GPS anda. Jangan rasa sudah cukup "pro" menggunakannya. Belajar dari kesilapan. Kalau sekali dah tersesat, ambil peranan untuk cari penyelesaiannya.

Antara cara penyelesaian mudah adalah, sebelum memulakan perjalanan ke suatu tempat tertentu yang tidak pernah atau jarang sampai, buat lah sedikit kajian. Jangan hanya bergantung harap pada GPS sahaja. Banyak lagi teknologi lain yang boleh dimanfaatkan. Antara contoh, Google Maps. Sebelum mulakan perjalanan, ambil masa sedikit untuk mencari lokasi melalui Google Maps dan pastikan itu tempat yang bakal dituju. Kemudian baru dibandingkan dengan peta pada GPS anda.

Jika menggunakan pencarian alamat, selain dari pastikan alamat tersebut tepat atau tidak, anda juga sewajarnya cari beberapa "landmark" terdekat dengan lokasi yang bakal dituju; seperti contoh, stesen minyak terdekat, masjid/surau terdekat, pasaraya terdekat, bangunan terdekat, dan sebagainya. Ini memudahkan anda sebagai alternatif untuk alamat tersebut. Sekurang-kurangnya jika tersesat, anda tahu mana untuk berhenti dan dari situ anda boleh bertanya pada penduduk berdekatan, ataupun boleh hubungi terus penghuni tempat yang bakal dituju itu. Mudah bukan?

Dan satu lagi, janganlah mata tu hanya pandang pada skrin GPS sahaja. Amalkan bahawa GPS ini hanya sebagai bantuan tambahan, selain petanda-petanda di jalan seperti papan tanda arah, dan sebagainya.

Mata di jalan, bukan di skrin GPS!

P/s: GPS bukan penunjuk utama. Sebab itu ada pepatah, "Malu bertanya, sesat jalan" yang masih boleh digunapakai walaupun zaman dah canggih-manggih begini :)

Mencari Peranti Navigasi GPS? Boleh cuba tengok di sini http://xplorexneogps.blogspot.com