2 Jun 2012

PRODUK PILIHAN: AL-QURAN DIGITAL & PEN PEMBACA ELEKTRONIK KHAS, SET LENGKAP

Sentuh Pen Pembaca Elektronik
pada ayat untuk dengar bacaan
Untuk entri kali ni, saya nak beriklan berkenaan produk AL-QURAN DIGITAL SET, dengan kata lainnya, set alatan membaca Al-Quran secara moden.

Al-Quran Digital Set (selepas ini disebut sebagai "Quran Digital") ini didatangkan dengan naskhah mushaf Al-Quran khas bercip-elektronik, Pen Pembaca elektronik beserta aksesori, dan juga bantuan belajar tajwid. Naskhah Al-Quran dicipta khas dengan cip-elektronik yang mana boleh dibaca oleh Pen Pembaca dengan hanya perlu menyentuh ke atas ayat-ayat Al-Quran dengan menggunakan Pen Pembaca yang dicipta khas untuk set Quran Digital ini. Anda hanya perlu sentuhkan "point" Pen Pembaca tersebut ke atas lembaran naskhah Quran Digital tersebut, dan bacaan akan terdengar melalui loudspeaker khas pada Pen Pembaca tersebut; anda juga boleh mendengar menggunakan earphone (fon telinga) yang juga turut didatangkan dengan set ini. Pen Pembaca turut didatangkan dengan aksesori keperluan seperti charger, dan cable. Selain itu, alat bantuan belajar tambahan juga diberikan iaitu bantuan belajar tajwid.

Set lengkap dengan Pen Pembaca
Pen Pembaca itu juga turut terbina dengan beberapa bahasa-bahasa pilihan agar memudahkan pemahaman terutama sekali yang melibatkan bantuan terjemahan; seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa India, dan sebagainya (tertakluk kepada jenis model yang ada). Selain itu, bantuan pembelajaran berkenaan tanda-tanda bacaan dalam Al-Quran juga turut tersedia dan diprogramkan bersama Pen Pembaca tersebut; termasuklah wakaf-wakaf, dan sebagainya. Selain bertindak sebagai gadget bacaan, Pen Pembaca ini juga boleh dijadikan pemain mp3 untuk didengar pada bila-bila masa sahaja. Anda boleh gunakan sebagai pemain bacaan zikir, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, dan sebagainya; ini juga baik untuk mereka yang mempunyai anak-anak kecil (dipasang ketika tidur sebagai ikhtiar untuk "memagar" dari gangguan makhluk halus) dan juga sesuai untuk ibu-ibu mengandung (dengar menggunakan fon telinga, sebagai ikhtiar untuk mendidik anak sejak dari dalam kandungan). Pen Pembaca ini juga memberi pilihan untuk memperdengarkan bacaan dari beberapa imam-imam terpilih sebagai halwa telinga, mendengar bacaan yang enak didengar oleh telinga masing-masing, sekaligus membantu memberi ketenangan pada minda.

Secara dasarnya, set Quran Digital ini amat baik untuk dijadikan sebagai panduan alternatif agar lebih mendekatkan diri kita dengan Al-Quran, dan sekaligus mengingati Allah. Andai tiada masa yang mencukupi (walaupun ini sebenarnya bukan alasan yang baik), dengan mendengar dan membaca bersama juga insyaa Allah dapat menambahkan pahala.

Anda boleh dapatkan set Quran Digital ini dari kami dengan harga yang berpatutan.

DISEMAK DAN DISAHKAN OLEH K.D.N. DAN JAKIM!

dapatkan SET QURAN DIGITAL dengan PEN PEMBACA ELEKTRONIK KHAS dengan HARGA PROMOSI terbaik!

masalah anak menangis malam-malam?
rasa takut sebelum tidur?
ingin anak di dalam kandungan didedahkan dengan bacaan Quran?
ibu/bapa yang sudah berusia sukar untuk membaca teks Al-Quran yang agak kecil?
ingin belajar tajwid dan cara bacaan yang betul?
ingin mendengar bacaan dari beberapa qari-qari hebat dunia?
sukar untuk membawa naskhah Al-Quran ke mana-mana?

dapatkan Set QD01 ini segera!!!

mudah dibawa ke mana-mana, boleh dijadikan mp3 player untuk mendengar bacaan Al-Quran dengan mudah, boleh didengarkan kepada anak kecil sebelum tidur, boleh didengar oleh ibu mengandung, memudahkan mereka yang sudah berusia yang agak sukar untuk membaca teks Al-Quran, dan sebagainya!

lihat maklumat lanjut di http://qd01.blogspot.com

disclaimer: belajar Al-Quran tetap memerlukan guru yang betul-betul mempunyai ilmu Al-Quran.. set Quran Digital ini hanya sebagai panduan/bantuan tambahan sahaja :)