2 Jul 2012

FAST Helmet: Pengenalan

Untuk entri kali ini, saya nak bercerita berkenaan F.A.S.T. atau FAST Helmet pula. Nak tau apa itu FAST Helmet? Teruskan membaca.. hehe.

Secara ringkasnya, FAST Helmet adalah singkatan bagi topi keledar "Future Assault Shell Technology" yang dikatakan dimulakan oleh Ops-Core; sebuah syarikat yang terkenal yang mengeluarkan/mengilangkan produk-produk berasaskan peralatan berkaitan 'kepala' seperti helmet dan sebagainya. Maklumat lanjut berkenaan Ops-Core boleh anda cari sendiri di internet. Pun begitu, pada masa kini, terdapat pelbagai pengeluar-pengeluar FAST Helmet yang lain di dunia ini; boleh dikatakan sebagai alternatif kepada jenama Ops-Core yang harganya agak tinggi, terutama untuk kegunaan yang tidak berkaitan dengan ketenteraan seperti kegunaan koleksi simpanan peribadi, permodelan, pameran, permainan lasak seperti paintball dan airsoft, dan sebagainya. Ok cukup pasal Ops-Core, kita beralih pula kepada isu utama di sini iaitu FAST Helmet.

FAST Helmet ini boleh dikatakan sangat berkaitan dengan 'Covert Extraction' dan 'Recon' (Reconnaissance). Apa benda ni? Cari sendiri.. hehe. Secara mudahnya, berkaitan dengan pengekstrakan sulit/rahsia, dan juga tinjauan. Maklumat lanjut, boleh buat carian dan kajian sendiri dengan merujuk kepada mereka yang arif dengan bidang ketenteraan dan penyiasatan.

FAST Helmet biasanya direka khas dengan 'mounting' dan 'railing' untuk kegunaan 'attachment' atau pemasangan aksesori khas untuk tujuan tertentu seperti peranti 'night vision', penyuluh/lampu senjata, kamera video, peranti amaran dan pengisyaratan, alatan komunikasi, dan sebagainya. Dengan ini, ia amat memudahkan penggunanya untuk lebih bebas-pegang alatan dan memberikan ruang yang lebih untuk alatan-alatan lain.

FAST Helmet juga biasanya dikenali dengan helmet yang lebih mudah untuk dipakai dan ditanggalkan. Walaupun dilengkapi dengan 'straps' atau tali-tali khas untuk mengukuhkan pemakaian, ianya turut dilengkapi dengan kemudahan untuk penanggalan pantas ketika saat memerlukan dengan hanya satu klik sahaja.

Dipendekkan cerita, The Shhhroom: Outdoor & Tactical turut mengambil peluang untuk menjual FAST Helmet ini; tetapi bukan dari jenama Ops-Core dan sekutunya, tetapi dari jenama EMERSON. Jenama Emerson ini boleh dikatakan alternatif untuk jenama-jenama seperti Ops-Core, di mana ianya bukan dicipta untuk kegunaan ketenteraan kerana ianya boleh dikatakan sebagai replika untuk model-model FAST Helmet untuk kegunaan ketenteraan. Sesuai lah untuk pemain-pemain paintball dan airsoft, dan juga sebagai koleksi simpanan peribadi, atau untuk kegunaan sukan lasak lain seperti skateboarding, mountain biking, dan sebagainya. Untuk kualiti, ianya agak berkualiti tinggi, tetapi tidak lah hingga bersifat 'ballistic' atau kalis peluru atau kalis hentakan yang kuat seperti untuk kegunaan ketenteraan; tetapi cukup tahan lah untuk kegunaan aktiviti lasak tahap sederhana, dan tidak terlalu extreme. Harganya juga jauh lebih rendah dari jenama-jenama seperti Ops-Core. Emerson FAST Helmet turut dilengkapi dengan 'dial-adjuster' untuk melaraskan saiz pengikat-kepala dalaman (headband) untuk penstabilan dalam pemakaian.

Untuk lebih mengenali FAST Helmet ini, anda boleh rujuk pada gambar-gambar yang disediakan di sini.

Untuk maklumat lanjut, boleh lah terus ke laman Facebook kami di http://www.facebook.com/theshhhroom