14 Aug 2012

Bersedekah untuk keberkatan

Bulan Ramadhan adalah antara waktu-waktu terbaik untuk bersedekah. Maka bersedekahlah kepada yang memerlukannya, tidak kira lah dia datang dari mana, walhal dia diarah oleh sindiket tertentu sekalipun. Anggap sahaja kita membantu mereka, meringankan beban mereka dari dimarahi, dipukul, atau sebagainya. 10sen pun sudah memadai, asalkan memberi. Niatkan untuk bersedekah dan mencari redha Allah. Sedangkan bersedekah kepada yang Kafir pun ada bahagiannya, apatah lagi pula hanya sindiket cuma. Jikalau kita rasakan apa yang dia lakukan itu tidak betul sekalipun, cuba-cuba lah sambil bersedekah tu, selitkan nasihat serba-sedikit, cakap dengan baik. Jangan diherdik terus, dia juga ada maruahnya. Siapa tahu nasib kita kelak.

Dari Abu Hurairah (r.a.), berkata: Aku dengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: "Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir." Berkata seorang Sahabat: "Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir." Rasulullah menjawab: "Bahawa mereka (juga) adalah makhluk Allah, sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman."

Wallahua'lam.