25 Aug 2012

Berundur bukan mengalah!

Kadangkala bila kita tarik diri, tidak bermaksud kita mengalah; tetapi untuk memberi ruang mereka yang ingin lihat kita jatuh untuk merasa secebis kegembiraan.

Biarkan mereka, biarkan mereka mengata. Pandangan mereka hanya pandangan tidak percaya. Mereka percaya apa mereka nampak, tetapi mereka tidak nampak kekuatan dalam diri kita.

Biarkan sahaja. Biar bukan bererti takut. Tetapi jadikan ianya kuasa, kuasa untuk memberi tekanan yang membina.

Teruskan bangkit. Biarkan bangkit dari arah yang tidak kelihatan. Bangkit kembali dalam senyap. Percaya lah pada diri.