2 Sept 2012

Adobe Photoshop untuk peranti Android

Di luar sana pastinya sangat ramai penggemar salah satu photo-editing software yang popular di serata dunia iaitu Adobe Photoshop; dan rasanya tak perlu lah untuk saya ceritakan lagi berkenaan Adobe Photoshop ini. Jadi, saya terus ke fokus utama saya untuk entri kali ini iaitu Adobe Photoshop untuk peranti Android.

Secara dasarnya, fungsi asasnya sama sahaja iaitu advanced photo-editing. Tetapi fungsi keseluruhan tetap ada bezanya, dan semestinya yang versi asal iaitu versi penggunaan di komputer peribadi (Mac mahupun Win) adalah lebih lengkap dan customizable. Ini mungkin kerana faktor penggunaan di peranti seperti smartphone, tablet, dan sebagainya memerlukan bekalan elektrik dari bateri, dan jika penggunannya seperti di komputer peribadi, pastinya akan "memakan" banyak bekalan elektrik dari bateri. Tapi jangan risau. Fungsi asas tetap sama. Pelbagai jenis 'plugins' tetap disediakan untuk kemudahan editing. Pun begitu, tidak semua versi mempunya fungsi yang sama. Versi yang 'percuma' semestinya lah hanya mempunyai fungsi yang paling asas. Fungsi asas sekalipun, pastinya ramai yang sudah arif berkenaan fungsi photo-editing yang ada pada Adobe Photoshop; di mana kebanyakan 'edited photo' yang dihasilkan menggunakan Adobe Photoshop memberikan hasil yang sungguh menarik.

Ok, jom beralih ke aplikasi yang ada pula. Setakat pengetahuan saya, setakat ini hanya ada 2 versi aplikasi Adobe Photoshop untuk Android ini.

Pertama, Adobe Photoshop Express. Setakat ni, ini antara versi yang agak popular digunakan oleh pengguna Android. Ianya mudah, dan fungsi asas Adobe Photoshop boleh digunakan dengan agak baik; dan ianya adalah PERCUMA tanpa bayaran! Fungsi asas seperti crop, rotate, flip, dan penggubahan warna dan cahaya masih boleh didapati di dalam aplikasi ini. Beberapa 'filter' dan efek-efek yang popular juga turut disediakan bersama. Fungsi penambahan 'frame' atau bingkai pada gambar juga turut disediakan (biasa digemari oleh mereka yang agak 'beginner' hehe). Bila sesuatu aplikasi berkaitan photo-editing itu dibina untuk Android, semestinya ramai yang mengharapkan ianya boleh dikongsi bersama di dalam 'social media' yang ada agar ianya dapat ditonton oleh rakan-rakan lain di serata dunia. Hasil karya anda boleh dikongsikan melalui emel, mahupun terhadap 'social media platform' popular seperti Facebook, Twitpic, malahan ke dalam komuniti Photoshop.com; dengan mudah dan pantas! Fungsi ini juga ditambahbaik oleh fungsi 'synchronization' dari peranti anda ke database akaun Photoshop.com anda , yang mana boleh didaftarkan dengan percuma tanpa bayaran. Pun begitu, dengan saiznya, fungsi asasnya, dan kosnya, apa sangat lah yang boleh kita harapkan pada aplikasi ini untuk menjadi aplikasi yang sempurna? Ianya tetap tidak bebas dari masalah, yang mana pada kebanyakan orang menganggap masalah ini sebagai masalah yang agak serius. Antara masalah-masalahnya adalah, aplikasi ini hanya dapat mengenalpasti gambar-gambar yang ditangkap menggunakan kamera yang ada pada peranti sahaja; makna kata, gambar-gambar lain yang disimpan di dalam album anda tidak dapat diedit menggunakan aplikasi ini. Selain itu, ada  pengguna yang mengalami gangguan pada sistem dan aplikasi ini kerapkali 'force close'. Tapi macam saya bagitahu, usah lah terlalu berharap pada aplikasi yang mempunyai spesifikasi yang tidak lah memadai untuk menjadikan ianya aplikasi yang sempurna. Pakai suka-suka sudah. Jika berminat, boleh download dari Google Play di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.adobe.psmobile&hl=en

Kedua, Adobe Photoshop Touch. Haa aplikasi ini boleh dikatakan sebagai 'upgrade' untuk Adobe Photoshop Express; boleh dikatakan aplikasi terkini dari Adobe Photoshop, untuk pengguna Android. Ianya boleh dikatakan lengkap dan sempurna untuk menghasilkan sebuah foto yang menarik hanya melalui peranti Android, tanpa perlu akses pada komputer peribadi. Setakat ini, ianya tidak menerima sebarang tanggapan negatif lagi dari pengguna. Menurut pengalaman saya sendiri menggunakannya di atas dukungan ICS, ianya berfungsi dengan sangat baik, dan hasilnya juga sungguh mengancam runtun qalbu! Selain dari fungsi asas editing, terdapat pelbagai bantuan hebat dari 'plugins' dan efek-efek lain yang disediakan. Ianya seakan menggunakan Adobe Photoshop CS di komputer peribadi! Anda boleh bermain-main dengan 'layers' untuk menghasilkan pelbagai efek pada foto seperti 'lighting', penggubahan pada struktur warna, dan sebagainya. Malahan anda boleh menggabungkan 2 gambar menjadi 1 karya baru dengan mudah (tak mudah sangat lah, masih memerlukan skil tambahan). Efek-efek lain yang profesional juga boleh dihasilkan dengan 'settings' yang ada, malahan efek ini boleh dihasilkan sambil bermain-main dengan 'layers'. Pelbagai lagi fungsi menarik yang didukung oleh aplikasi ini termasuklan integrasi bersama Adobe Creative Cloud, dan juga paparan 3D untuk melihat hasil karya anda dalam bentuk 'layering'. Fungsi perkongsian ke dalam 'social media' yang popular juga terdapat dalam versi ini agar membuatkan fungsi dukungan Android ini betul-betul berguna! Untuk semua fungsi-fungsi hebat ini, macam saya beritahu sebelum ini, semestinya ada bayarannya. Aplikasi ini perlu dimuatturun dengan bayaran yang telah ditetapkan. Anda boleh terus ke Google Play untuk maklumat muatturun dan kosnya di https://play.google.com/store/apps/details?id=air.com.adobe.pstouch&hl=en

Sekian sahaja. Semoga entri ini bermanfaat. Salam selasih.