5 Sept 2012

BACKPACK PILIHAN KALI INI: JACK WOLFSKIN BIKE & HIKE 30

Walaupun baru sahaja beberapa hari lepas saya ada update berkenaan backpack, entri kali ini pun saya nak bercerita berkenaan backpack. Lagipun dah lama tak update, alang-alang update, biar lah meriah sikit.

Ok, kali ini saya nak bercerita berkenaan backpack JACK WOLFSKIN BIKE & HIKE 30 (selepas ini disebut sebagai "BH30"); salah satu dari backpacks hebat dari Jack Wolfskin.

Back panel yang canggih!
BH30 ini berkapasiti 30L, dengan anggaran ketinggian secara kasar 42cm, lebar purata 36cm, dan bukaan ketika dikembungkan sepanjang 26cm, BH30 ini sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan trip jangkamasa yang tidak lama, seperti "daypack" trip seperti trekking tanpa bermalam, mendaki tanpa bermalam, dan juga travel untuk selangmasa yang pendek dan waktu perjalanan yang ringan. Selain itu, dari segi nama sahaja pun dah boleh nampak kegunaan lainnya, iaitu "biking"; sesuai untuk penggemar aktiviti berbasikal dan bermotosikal untuk trip perjalanan ringkas, dan tidak memerlukan bekalan trip yang banyak.

Dari segi rupa luaran, BH30 mempunyai rekabentuk yang menarik dan tegap, di samping sedikit melengkung agar memberikan efek aerodinamik, sesuai untuk mereka yang berbasikal dan bermotosikal, mengharung tekanan angin yang agak tinggi dan padat; BH30 ini tidak akan mengganggu pergerakan dan laluan angin.

Aliran udara sempurna!
Di bahagian back panel BH30 pula terdapat jaringan yang membenarkan laluan angin dengan mudah dan teratur agar memberikan keselesaan dan kestabilan dalam penggunaan. Udara lebih mudah melalui ruangan yang berjaring, dan haba juga dengan mudah dapat terbebas; dan ini memberikan keselesaan kepada pemakainya, terutama bila dalam keadaan berpeluh -- mengurangkan rasa tidak selesa di belakang badan! Selain dari sistem jaringan tersebut, BH30 juga mempunyai sistem pengaliran udara yang khas di mana flow udara boleh bergerak dengan lebih sistematik melalui lekukan yang disediakan.

Sistem foam padding pada back panel BH30 ini juga menambahkan keselesaan dalam penggunaannya. Padding yang sungguh lembut dan tegap memberikan keselesaan pada lekuk belakang badan. Tali penggalasnya juga lembut dan selesa, dengan penggunaan foam padding yang lembut tetapi tegap ini. Membuatkan anda rasa yakin dalam mengangkat bebanan.

Rain cover tersedia
Dari segi keseluruhan, sistem back panel BH30 ini sememangnya memberikan keselesaan dan pembahagian bebanan yang baik kepada pemakainya.

Untuk spesifikasi lain pula, kebanyakannya adalah spesifikasi yang biasa didapati pada kebanyakan backpacks hebat yang lain. Antara contoh, BH30 ini juga turut membenarkan penggunaan hydration bladder (biasanya dijual berasingan) dengan mudah di mana corong keluar tube berada di bahagian atas BH30 ini. BH30 ini juga turut tersedia dengan rain cover untuk pastikan penggunaannya terlindung dari basahan.

Sistem reflektor, terang!
BH30 ini juga dilengkapi dengan sistem LED; iaitu sistem reflektor yang sungguh terang apabila berinteraksi dengan pencahayaan di kala gelap dan waktu malam. Sistem ini menambahkan nilai keselamatan pada pemakainya agar berada dalam keadaan yang selamat ketika menggunakannya. Ini kerana, seperti yang diterangkan sebelum ini, BH30 juga memfokus kepada "biker" di mana risiko keselamatan perlu dipandang agak tinggi, terutama sekali ketika berkayuh di waktu malam atau suasana gelap; berbanding penggunaan ketika "hiking", penggunaan ketika "biking" lebih terdedah kepada bahaya dari kenderaan yang melalui laluan yang sama dengan laluan penggunanya.

Secara total, BH30 ini amat menarik dengan ciri-ciri hebat yang ada padanya. Anda cuba dulu, baru anda tahu. Selamat mencuba! :)

JACK WOLFSKIN BIKE & HIKE 30 (100% ORIGINAL, MANUFACTURED IN VIETNAM) ini ada dijual di The Shhhroom: Outdoor & Tactical. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman Facebook di http://www.facebook.com/theshhhroom

 
   

CAPACITY: 30L
EST. DIMENSION: 42 CM (H) x 36 CM (W) x 26 CM (D)
COLOR: BASALT

  • 100% ORIGINAL, MANUFACTURED IN VIETNAM;
  • BRAND NEW ITEM, FRESH FROM MANUFACTURER;
  • HIGH QUALITY PRODUCTION;
  • COMFORTABLE, LIGHTWEIGHT AND FLEXIBLE ERGOFORM PRO CARRY SYSTEM FOR OPTIMAL LOAD DISTRIBUTION AND GREATER FREEDOM OF MOVEMENT;
  • PREPPED TO ACCEPT AN ON-BOARD HYDRATION SYSTEM (TUBE DUCT AND TUBE ATTACHMENT);
  • INTEGRATED RAIN COVER STOWED IN BASE COMPARTMENT;