8 Mar 2011

Flight Jacket

Flight Jacket (juga dikenali sebagai Bomber Jacket) adalah antara item menarik yang dikumpul oleh para kolektor dan peminat item ini. Ianya adalah salah satu uniform rasmi Juruterbang Ketenteraan terutama sekali pada era Perang Dunia Pertama. Item ini kemudiannya mula popular sebagai fesyen untuk sesebuah budaya atau sub-budaya tertentu seperti Skinheads, Mods, Scooterboys, Punkers, Hiphop, dan sebagainya.

Sejarahnya bermula bilamana terdapat keperluan kepada para juruterbang ketenteraan semasa Perang Dunia Pertama di mana kebanyakannya pesawat mereka tidak mempunyai penutup kokpit sepenuhnya (biasanya hanya penghadang angin seperti yang digunakan oleh motorsikal), dan untuk mengekalkan kepanasan badan dan mengawal sensitiviti terhadap tekanan udara ketika mengendalikan pesawat mereka. Kemudiannya ianya mula digunakan secara rasmi oleh UK Royal Air Force pada sekitar tahun 1920-an dan Perang Dunia Kedua. Pada ketika ini, material utamanya adalah kulit dan bulu biri-biri.

Terdapat pelbagai jenis Flight Jacket yang pernah diperkenalkan oleh pihak Ketenteraan termasuklah MA-1, WWII Flight Jacket, dan sebagainya. Kepelbagaian rekabentuk dan jenis yang pernah diperkenalkan inilah yang kini menjadi kegilaan para penggemar item ini. Item ini menjadi semakin popular menjelang tahun 1990-an sebagai fesyen anak-anak muda, dan pada awal era tahun 2000, fesyen ini berkembang dan berevolusi menjadi fesyen penggemar hiphop.

Item ini sangat menarik minat aku untuk dimasukkan ke dalam koleksi jualan The Shhhroom | Hobbies & Collectibles sebagai antara barang koleksi untuk jualan kepada para kolektor. Anda boleh hubungi kami untuk info lanjut dan maklumat pembelian. Banyak lagi koleksi menarik ada dalam simpanan kami; khas buat anda para penggemar item sebegini. Salam selasih.