24 Sept 2012

Khidmat Design 'Minisite' oleh KNTG Design

Untuk entri kali ni, saya ingin menulis berkaitan salah satu cabang lain bisnes saya iaitu khidmat merekabentuk (design) 'minisite' ataupun kata ringkasnya 'laman web mini'. Saya tidak hanya bertumpu pada bidang retail and supply of goods sahaja, saya ada juga menceburi beberapa bidang lain yang menjurus ke arah bidang perkhidmatan atau servicing. Terdapat beberapa bisnes berkaitan perkhidmatan yang saya tawarkan, tetapi untuk kali ni, saya hanya bertumpu pada khidmat merekabentuk 'minisite' ini.

Minisite secara ringkasnya adalah laman web ringkas yang biasanya hanya bertumpu kepada pengiklanan sesebuah produk sahaja tanpa diganggugugat oleh produk-produk lain. Tujuannya adalah memberi fokus kepada sesuatu produk, dari A hingga Z; agar bakal pelanggan mendapat maklumat terperinci dan lengkap yang diperlukan sebelum membeli sesuatu produk dari kita.

Tidak perlu untuk membuat beberapa muka (page), hanya satu muka sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan produk kita itu. Pastikan segala maklumat yang dirasakan perlu, disertakan di dalam 'minisite' tersebut. Dari penerangan ringkas produk, penerangan penuh, harga, sehingga lah kepada cara untuk mendapatkan produk tersebut. Anda boleh juga menambahkan maklumat lain untuk menyokong pengiklanan produk anda seperti grafik-grafik menarik, penerangan dalam bentuk grafik, video berkaitan produk, testimonial pelanggan-pelanggan yang pernah menggunakannya, dan sebagainya. Pastikan semua maklumat yang dirasakan perlu, disertakan sekali, dan jika terlalu panjang lebar, cuba ringkaskan tetapi maklumat masih kekal padat - ringkas tapi padat!

Antara tips lain untuk membuat 'minisite' ini adalah, elakkan penggunaan kata-ringkas (short form) seperti contoh "utk (untuk)", "msk (masak atau masuk)", "yg (yang)", dan sebagainya, apatah lagi penggunaan kata-ringkas yang di luar norma bahasa yang betul seperti "aq (aku)", "sy (saya)", "lettew (lah itu)", "tew (itu)", dan pelbagai lagi. Ini adalah untuk mengekalkan tahap profesionalisma anda sebagai penjual, dan juga untuk memudahkan maklumat disampaikan dengan betul tanpa ada salah faham. Jangan malas. Nak berniaga, kena buang rasa malas tersebut.

Kembali kepada tujuan utama entri ini, KNTG Design sedia menawarkan khidmat untuk merekabentuk 'minisite' anda dengan pelbagai pakej (pelbagai harga) untuk produk anda. Kami sedia memberi khidmat merekabentuk untuk laman web sendiri (domain sendiri, hosting sendiri), mahupun laman-laman percuma seperti Blogspot, Wordpress, dan sebagainya. Untuk laman seperti Blogspot, Wordpress, dan sebagainya, kami akan 'tempatkan' laman anda di dalam akaun kami, dan segala kandungan 'minisite' tersebut akan disimpan dalam simpanan kami. Anda tidak akan dibekalkan dengan password atau sebagainya kerana tiada keperluan pun untuk anda simpan, kerana kami akan siapkan semuanya. Anda hanya perlu simpan alamat 'minisite' anda sahaja, dan iklankan di mana sahaja anda inginkan. 'Minisite' itu tetap milik anda, dan kami tidak akan 'usik' laman tersebut. melainkan jika perlu; kami hanya simpankan kandungannya sahaja. Jika ada maklumat penting (seperti penukaran nombor telefon, penukaran emel, penukaran alamat, dsb) yang ingin diubah atau digubal di dalam 'minisite' tersebut, anda hanya perlu hubungi kami, dan kami akan ubah atau gubal untuk anda.

Dapatkan sebuah 'minisite' untuk produk anda dengan harga serendah RM 100.00 sahaja untuk Pakej MST-BASIC (Pakej Asas)!

Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan Pakej MST-KICK (Pakej Advance) dengan harga serendah RM 300.00 sahaja, ataupun Pakej MST-BOOST (Pakej Advance + Marketing Booster) dengan harga serendah RM 1,000 sahaja! Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej ini, boleh terus hubungi kami di Laman Facebook KNTG Design, ataupun emelkan kepada kami di kntgdesign@gmail.com

Contoh 'minisite' yang dibina di bawah Pakej MST-BASIC adalah seperti berikut:-

Contoh 'minisite' yang dibina di bawah Pakej MST-KICK adalah seperti berikut:-

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.facebook.com/kntgdesign