25 Sept 2012

Teknik 'Auto-Update' status di Facebook - Membantu membina imej perniagaan anda!

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi serba-sedikit berkenaan tips untuk membina imej perniagaan anda, sekaligus membantu menampakkan profesionalisma perniagaan anda. Imej begini amat penting dalam untuk perniagaan anda agar anda tidak kelihatan tidak bersungguh. Interaksi bersama 'fans' atau 'likers' di Facebook Page amat penting untuk menjamin stabiliti 'followers' Page anda. Beriklan di Facebook tidak seperti beriklan di laman-laman lain, di mana di Facebook, interaksi amat penting, kerana Facebook adalah medium 'social network' - networking amat penting untuk marketing.

Antara teknik interaksi terbaik adalah 'komunikasi dengan fans'. Jadi, secara dasarnya, untuk merealisasikan komunikasi, anda perlu kerap online dan update status. Interaksi begini menunjukkan bahawa Page anda tidak 'mati' dan 'berpenghuni'. Baru lah kelihatan profesional. Tetapi, sebagai manusia, ada masanya kita tidak dapat online. Ada masanya bertemu pelanggan, ada meeting, ada appointment, ada waktu rehat, ada waktu untuk selesaikan perkara-perkara lain, terutama sekali untuk mereka yang berniaga online; dan ketika offline itu lah, ada 'potential customers' sedang melawati Page anda untuk melihat apa yang terkini, dan ketika itu anda tidak dapat 'menyampaikan' maklumat terkini. Ini sedikit sebanyak akan menggugat prestasi Page anda kan? Makanya, TEKNIK 'AUTO-UPDATE' STATUS amat diperlukan; di mana anda dapat meneruskan 'update' status secara otomatik, walaupun anda sedang offline!

Bagaimana caranya? Salah satunya adalah melalui aplikasi Hootsuite. Apa itu Hootsuite? Anda boleh dapatkan info berkenaan mereka di laman web rasmi mereka. Di sini saya ingin bercerita ringkas berkenaan aplikasi ini.

Secara asasnya, aplikasi Hootsuite ini berfungsi sebagai aplikasi yang berhubung dengan 'social media' seperti Facebook, Twitter, Google+, dan sebagainya. Anda hanya perlu sign-up dan log-in dengan akaun Hootsuite anda, dan pilih 'social network' yang anda inginkan, ikut proses yang ditetapkan, dan SIAP! Kemudian, anda hanya perlu tuliskan status anda ataupun iklan anda, dan klik SEND NOW untuk hantarkan kepada semua profail yang dipilih. Untuk Free Account, anda hanya boleh tambahkan 5 profail sahaja. Dengan cara ini, kesemua profail yang dipilih akan update status seakan-akan semuanya sedang online serentak.

Bagaimana pula untuk offline mode? Mudah sahaja. Setelah anda tuliskan status anda atau iklan anda, anda hanya perlu klik pada simbol SCHEDULE, dan pilih tarikh dan waktu yang anda akan offline, dan pilih semua profail yang anda inginkan, dan klik SCHEDULE NOW. Senarai 'scheduled updates' akan dipaparkan di ruangan Publish. Buat sebanyak mana yang anda inginkan, dan anda boleh offline dengan senang hati. Untuk Free Account, anda perlu buat teknik ini secara satu persatu. Tetapi jika anda mempunyai Akaun Berbayar, anda boleh tuliskan status sekali sahaja, dan klik pada semua tarikh dan waktu yang anda inginkan, dengan sekali buat sahaja. Tak perlu buat satu persatu. Mudah bukan?

Teknik ini sebenarnya sangat sesuai untuk mereka yang ada beberapa akaun Facebook dan juga beberapa Page. Dengan satu aplikasi, semuanya dapat dikemaskini serentak. Jadi, pengiklanan anda akan menjadi lebih terbina dan merebak; walaupun ketika anda offline!

Cukup lah coretan saya untuk entri kali ini. Jika ada soalan, boleh hubungi saya terus. Jika ada kesalahan, boleh tegur. Jika ada penambahan, boleh dikongsikan.

Semoga bermanfaat. Salam selasih.

P/s: Ada masa nanti saya update cara untuk gunakan Hootsuite ini dengan rajah bergrafik :)