1 Oct 2012

Apa itu "Related Post"? Apa kelebihannya?

Contoh 'Related Posts'
Entri kali ni, saya nak bercerita serba ringkas berkenaan "Related Post" (selepas ini disebut sebagai "RP"). RP adalah salah satu 'widget' atau 'plugin' yang digunakan oleh blogger di dalam platform-platform blog seperti Blogspot, Wordpress, mahupun yang menggunakan domain sendiri ataupun 'blogging platform' yang lain. Kegunaan RP ini adalah untuk memaparkan cadangan pembacaan lain yang berhubungan dengan artikel/entri yang sedang anda baca. Biasanya RP berfungsi melalui 'call-function' ke atas 'label' atau 'tag' tertentu. Contohnya, entri yang dibaca adalah berkaitan IT, maka 'possible label' yang berkaitan IT akan disenaraikan sebagai 'Related Posts' atau dengan kata lainnya, pos yang berkenaan dengan pos yang sedang dibaca. Jika di dalam platform Blogger seperti ini, di bahagian 'Post Settings' ada ruangan 'Labels', hanya isikan di situ sahaja, dan RP akan 'feed' kesemua label yang berkaitan untuk dijadikan rujukan penyenaraian, dan senarai tersebut akan dipaparkan sebagai 'Related Posts'. Untuk lebih mudah faham, cuba tengok pada gambarajah di sebelah kiri ini.

Pelbagai kegunaan RP ini selain dari berfungsi untuk memberi cadangan. RP juga berfungsi untuk 'mengiklan' artikel/entri lain yang boleh dicapai oleh 'target reader' yang membaca artikel anda. Ini sangat berguna terutama kepada mereka yang juga mengiklan produk atau bisnesnya melalui blognya. Jadi bila ada 'target reader' yang membaca salah satu artikel anda, secara otomatik matanya akan terpandang pada bacaan lain yang berkaitan yang juga boleh dikatakan 'target' yang diinginkan. Jadi ada kemungkinan besar 'target reader' itu akan menjadi 'potential buyer' anda. Betul tak?

Bagi mereka yang inginkan jalan pintas, cara paling cepat adalah menggunakan 'call function' kepada "jQuery" yang 'disimpan' di dalam database pemberi servis tertentu. Dengan cara ini, pengguna hanya perlu buat langkah mudah sahaja tanpa perlu edit template blognya, dan 'widget' tersebut akan terus terpapar di dalam blog anda. Untuk memudahkan anda, antara 'widget' untuk 'Related Post' yang popular digunapakai oleh hampir semua blogger adalah "Linkwithin". Tetapi bagi saya, saya lebih gemarkan 'custom' agar saya boleh lebih bebas mengawal cara ianya berfungsi. Bagi yang berminat untuk belajar cara 'custom' ini, boleh hubungi saya melalui emel. Saya tidak berapa gemar menggunakan Linkwithin kerana saya ada 'terjumpa' kelemahannya yang membuatkan saya terus tidak menggunakannya lagi.

Semoga entri ini bermanfaat.