10 Mar 2011

Anda peminat Peranti Navigasi GPS?

Jika anda peminat gadget berkaitan GPS, anda mempunyai persamaan dengan saya. Saya memang meminati peranti-peranti berkaitan GPS ni sebab saya suka 'explore' kawasan-kawasan baru, belajar selok-belok perjalanan di sesebuah tempat. Kenal tempat orang, orang kata. Saya suka dengan aktiviti berkaitan alam semulajadi, saya suka keluar masuk hutan, saya suka berjalan di tepian pantai, saya suka 'melepak' melihat alam di tebing sungai, saya suka memancing, saya suka ambil gambar alam semulajadi, saya suka barangan askar (ada kena-mengena ke?), dan macam-macam lagi.

Selain dari kegunaan masa santai, saya rasakan yang GPS ni sangat-sangat membantu dalam bisnes saya. Saya ni orang dagang, saudagar barang, memang sangat memerlukan ketepatan dalam selok-belok perjalanan, terutama sekali jika ada keperluan untuk saya menghantar barangan kepada pelanggan pada waktu yang tepat dan terhad. Saya tiada masa untuk mencari-cari jalan, menjenguk-jenguk papan tanda, berhenti untuk bertanya orang, makanya saya perlukan GPS ni untuk memudahkan kerja saya. Lagi satu, kadang-kadang saya perlu meniaga di expo di tempat yang saya tak pernah sampai pun, dengan GPS, saya tak perlu buang masa saya untuk buat survey dulu (pada hari sebelumnya) untuk mencari lokasi tapak niaga, malahan saya tak perlu menggunakan internet atau apa-apa sahaja yang berbayar untuk buat carian melalui Google Maps, dan sebagainya. Dengan peranti GPS (terutama sekali Papago), semuanya percuma (mula-mula sahaja kena keluar duit untuk beli peranti). Nak update map pun sekarang ni dah mudah dan percuma sahaja.

Kebanyakan sistem GPS kini sudah mempunyai pelbagai fungsi menarik. Lengkap dengan 'junction view', navigasi bersuara, panduan laluan, panduan lorong, hala laluan, halaju, jarak anggaran perjalanan, anggaran masa perjalanan, navigasi bergambar (2D, 3D, dll), nama kawasan, petunjuk 'speed trap', anggaran jarak untuk memasuki lorong, dan macam-macam lagi.

Mudah bukan?

Suka untuk dimaklumkan bahawa kami turut menjual/mengedar peranti GPS pelbagai jenis dan saiz resolusi skrin. Anda boleh hubungi saya dan saya akan respon sebaiknya.

Mencari Peranti Navigasi GPS? Boleh cuba tengok di http://xplorexneogps.blogspot.com