11 Mar 2011

Hydration Pack: Cara mudah membawa bekalan air

Hydration Pack (juga dikenali sebagai 'Water Bag' dan 'Camelback Hydration System') adalah antara sistem penyimpanan air yang dibina dalam bentuk 'backpack' atau beg sandang untuk memudahkan penggunanya menyimpan bekalan air untuk diminum ketika kehausan tanpa perlu bersusah-payah memegang botol air ataupun menyangkut di pinggang dan sebagainya. Ini sebagai "pembaharuan" untuk kaedah membawa bekalan minuman di dalam botol, kanister, mahupun kantung air seperti yang biasanya digunakan oleh masyarakat arab dan pedagang di kawasan gurun dan padang pasir. Terdapat berbagai-bagai rupabentuk dan rekaan untuk item ini, tetapi fungsi dan konsep asasnya tetap sama antara satu sama lain; iaitu perlu dibawa di bahagian belakang badan sepertimana unta "membawa" bekalan air.

Item ini mengandungi kantung penyimpanan air yang dikenali sebagai 'bladder' atau 'reservoir' di dalamnya. Material 'bladder' kebiasaannya adalah getah atau plastik yang fleksibel. Kebiasaannya, 'bladder' ini dilengkapi dengan 'ruang' berpenutup untuk air minuman dimasukkan ke dalam ruang penyimpanan, dan hos dalam bentuk tiub panjang (seakan straw) untuk memudahkan penggunanya mendapatkan air minuman, tanpa perlu memegang apa-apa ketika minum; hos itu pula dilengkapi dengan muncung yang boleh digigit untuk mendapatkan air ketika ingin diminum -- air tidak akan mengalir dan tumpah begitu sahaja, dan muncung hos ini pula ada penutupnya untuk mengelakkan dari kotor dan berdebu. Pun begitu, tidak semua Hydration Pack ini menggunakan kaedah "menggigit" untuk mendapatkan bekalan minuman tersebut, ada juga yang menggunakan "water pump" di mana air akan dipamkan ketika penggunanya memerlukan bekalan air. Ada juag yang menggunakan kaedah "sedutan vakum" di mana bekalan air disedut oleh penggunanya dan kaedah "vakum" memainkan peranannya dengan memberikan "tekanan" lantas menolak air melalui tiub tersebut untuk diminum oleh penggunanya.

Kebanyakan Hydration Pack memang dibina untuk mengekalkan suhu air demi untuk mengelakkannya dari beku ketika musim sejuk dan bersalji, dan juga mengelakkan dari menjadi panas jika terjemur di bawah cahaya matahari, ketika musim panas. Item ini juga dibina untuk tahan lasak agar memudahkan penggunanya membawanya ketika melakukan aktiviti lasak mahupun ketika di dalam peperangan oleh pihak ketenteraan.

Item ini juga dibina untuk mampu membawa bekalan air yang banyak, dan kerana itu kebanyakannya dibina untuk kapasiti 3 Liter dan 2.5 Liter; dibina untuk aktiviti yang lasak seperti tactical, combat, paintball, jungle trekking, exploring, dan sebagainya. Ada yang kecil sedikit untuk mereka yang tidak perlukan kuantiti air yang banyak seperti contoh ketika melakukan perjalanan pendek, berjoging, berfotografi, dan sebagainya, dan untuk kegunaan sebegini, biasanya untuk yang berkapasiti 1.5 Liter hingga 2.5 Liter.

Terdapat pelbagai jenama yang memperkenalkan Hydration Pack ini dan terkenal dengan kualitinya, antaranya CamelBak, Hydrapak, dan sebagainya. Ada juga yang tanpa jenama tetapi berkualiti tinggi terutama sekali yang dibekalkan khas untuk inbentori tentera -- tiada jenama tertentu, tetapi dibina agar tahan lasak dan sesuai digunakan oleh pihak ketenteraan. Kepelbagaian jenama ini membantu pengguna untuk membuat pilihan mana yang elok dan sesuai dengan mereka; malahan ianya juga amat membantu dalam "development" untuk sistem Hydration ini dari semasa ke semasa. Kualiti bladder dan tiub juga amat penting kerana ianya akan digunakan untuk menampung bekalan minuman anda, maka fungsinya sebagai "bantuan" bekalan air perlulah mencapai piawai yang anda perlukan.

http://www.facebook.com/theshhhroom juga ada menjual Hydration Pack ini. Pelbagai corak dan warna disediakan untuk anda. Hubungi kami segera!