12 Mar 2011

Patrol Cap (Field Cap) -- dan Cara Pemakaiannya

Patrol Cap (juga dikenali sebagai 'Field Cap') adalah sejenis topi ketenteraan yang bermaterial lembut tetapi 'tegap' dan 'kukuh', dengan 'sudu' atau 'visor' yang sedikit membulat dan melengkung. Kebiasaanya ianya tidak boleh dilaras dan dari jenis 'fullcap'. Ianya memang dibina untuk rambut jenis 'flat top' dan kerana itu jugalah rupabentuknya seakan 'flat top'. Item jenis ini biasanya dipakai oleh pihak ketenteraan ketika berada di 'field', dan ketika keadaan tidak memerlukan mereka untuk memakai 'combat helmet', waktu-waktu santai, ketika sedang berlangsungnya aktiviti tertentu, dan sebagainya.

Ada macam-macam jenis Patrol Cap yang pernah digunakan oleh kebanyakan pihak ketenteraan seperti M-51 Field Cap, M-43 Field Cap, dan juga versi yang lebih keras dan terkenal iaitu 'Ridgeway Cap' (yang mana aku akan ceritakan dalam entri yang akan datang). M-51 Field Cap adalah Patrol Cap yang paling kerap digunakan oleh pihak ketenteraan, terutamanya US Army, adalah versi yang diubahsuai dari M-43 Field Cap yang mana lebih lembut, kurang tegap, dan kurang sesuai digunakan ketika aktiviti tertentu. M-51 Field Cap dikeluarkan sekali dengan M-51 Uniform (termasuklah M-51 Field Jacket), digunakan secara meluas dalam Perang Korea di mana topi tersebut turut boleh digunakan bersama panel 'flannel' (lebih kurang macam kain penutup) untuk menutup dan melitupi telinga dan bahagian belakang kepala dan leher; dan boleh dipakai sekali dengan 'helmet' tanpa perlu membuka topi tersebut. Penggunaannya secara meluas digantikan oleh 'Ridgeway Cap' selepas era Perang Korea, yang mana lebih kukuh, keras dan tegap. Pada ketika Perang Vietnam, populariti 'field cap' telah digantikan oleh 'Boonie Hat' atau Topi Boonie, dan juga 'Field Cap' versi baru yang lebih menyerupai topi 'baseball' yang mana lebih kecil dan lembut (mudah jatuh -- tidak tegap -- tetapi mungkin lebih selesa untuk cuaca panas).

Gambar contoh pemakaian
Cara pemakaiannya? Pakailah sesuka hati anda, ikut keselesaan. Tetapi jika ingin kelihatan seperti pemakaian tentera (yang mana topi ini memang direka khas untuk ketenteraan), anda boleh ikut dan gunapakai. Topi ini sangat-sangat bersesuaian dengan stail rambut 'flat top' mahupun botak licin, dan kerana itu lah cara pemakaian tertentu diperkenalkan agar ianya bersesuai dengan mereka dan tidak menyusahkan mereka ketika sedang bertugas. Pemakaiannya hendaklah diselaraskan betul-betul di atas hujung kepala (seakan seperti hanya meletakkannya sahaja di atas kepala anda), 'sudu' atau 'sudip'nya hendaklah diturunkan atau dicondongkan sedikit ke bawah, dan bahagian rata atas kepala hendaklah dipenyekkan sedikit. Lihat sahaja pada gambar-gambar yang disertakan sekali di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai item ini, anda boleh tanya terus kepada kami di The Shhhroom: Outdoor & Tactical termasuklah berkenaan pembelian topi begini. Pilihan dari topi genuine-issue ketenteraan, mahupun yang custom (bukan genuine-issue); Pelbagai corak menarik turut ditawarkan kepada anda.