16 Mar 2011

The Ramones -- Nostalgia Sepanjang Zaman

Nama kugiran The Ramones memang tidak asing lagi bagi peminat-peminat musik punkrock dan juga rock n' roll. Mereka bukanlah pengasas musik rock n' roll dan juga punkrock, tetapi mereka dikatakan sebagai kugiran pertama ditubuhkan atas nama punkrock. Pada aku, cukuplah aku menganggap mereka sebagai salah satu lagenda musik rock yang sangat-sangat berada di dalam senarai kugiran rock terhebat yang pernah wujud. Peduli apa aku mereka ni pengasas ke tidak, yang pastinya, mereka memang bagus di dalam bidang mereka.

The Ramones pernah dianggotai oleh ramai ahli termasuklah Dee Dee Ramone (Douglas Colvin), Johnny Ramone (John Cummings), Joey Ramone (Jeffry Hyman), Tommy Ramone (Thomas Erdelyi), Marky Ramone (Marc Bell), Richie Ramone (Richard Reinhardt), Elvis Ramone (Clem Burke), dan juga CJ Ramone (Christopher Joseph Ward). Tetapi, mereka lebih dikenali dengan beberapa ahli tertentu yang menjadi simbolik kepada kugiran mereka iaitu Johnny Ramone, Joey Ramone, Dee Dee Ramone, dan juga Tommy Ramone. Walaupun mereka menggunakan nama Ramone pada penghujung nama, hakikatnya mereka bukanlah adik-beradik, malahan tidak pernah mempunyai sebarang ikatan pun melainkan ikatan persahabatan demi membangunkan The Ramones.