14 Sept 2011

Cara Sebutan "Hummer", "Adobe", dan "Nike"?

Hari ini saya terpanggil untuk mengarang entri berkenaan perkara ini kerana ramai telah usulkan pertanyaan kepada saya tentang cara sebutan ini sebelum ini. Pada mulanya,  saya tidak rasa terpanggil untuk merungkai misteri ini, tetapi dek kerana ramai yang dengan bergayanya menegur  saya kununnya sebutan  saya salah (walaupun  saya memang benar-benar yakin bahawa  saya tidak salah sebut, kerana sebelum ini  saya pernah bertanya sendiri kepada khidmat pelanggan syarikat-syarikat tertentu seperti GM (General Motors) dan Adobe Systems Inc. Malahan mereka turut membalas pertanyaan saya beserta karangan cara sebutannya secara bertulis dan juga melalui format bersuara. Jadi untuk memudahkan bicara, ini sedikit hamparan buat masa ini.

‎"Adobe" (nama syarikat perisian terkenal dunia "Adobe Systems Inc" -- yang terkenal dengan produk-produk mereka seperti Adobe Photoshop, Illustrator, Audition, dan lain-lain lagi) perlu disebut sebagai "Aei-do-bee" iaitu hujungnya disebut huruf "b" (dengan sebutan "biy" atau "bee") dan BUKAN dengan sebutan "Adobb" seperti yang kebanyakan orang sebutkan. Perlu diingat, ini adalah kata nama khas i.e. nama syarikat, maka sebutannya perlu dibetulkan selaras dengan sebutan sebenar. Ini sama keadaannya dengan sebutan "Nike" yang mana perlu disebut sebagai "Nai-ki" dan BUKAN sebagai "Naik" tanpa sebutan huruf "e" pada penghujungnya.

‎"Hummer" (kenderaan) cara sebutannya adalah "hum-mer" -- dengan sebutan seakan "hump-mer" atau "harm-mer", atau kata mudahnya sama dengan sebutan "humming" i.e. humming bird, dan lain-lain lagi; dan BUKAN dengan sebutan "hammer" iaitu tukul (disebut seakan "heim-mer") seperti kebanyakan orang menyebutnya. Pun begitu, di sesetengah negara, sebutannya dibunyikan seakan "home-mer" iaitu dengan sebutan vokal "o", dan juga seakan "hoom-mer" iaitu dengan sebutan vokal "u".

Sekian sahaja pelajaran buat masa ini. Salam mesra.